Bantuan Kewangan RM 600, Kewangan Kerajaan Bakal Meruncing

Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan sedang berdepan situasi kewangan meruncing untuk melunaskan pembayaran bantuan bulanan RM600 kepada pekerja yang terpaksa bercuti tanpa gaji.

Katanya, pandangannya itu adalah berdasarkan kedudukan harga minyak dunia kini yang berada sekitar AS$30 setong, merudum hampir separuh berbanding ketika Belanjawan 2020 dibentangkan Oktober tahun lalu, iaitu pada AS$62 setong.

“Itu dah separuh daripada anggaran pendapatan kerajaan dari sumber minyak.

”Sekarang ini, dengan harga minyak yang cuma berlegar pada AS$30 setong, hal itu akan menyaksikan penyusutan pendapatan kerajaan dengan begitu besar sekali, mungkin anggaran sekitar RM10 bilion kehilangan hasil kalau harga ‘bermain’ pada julat sekarang.

“Saya fikir kedudukan kewangan kerajaan sekarang menjadi sangat-sangat runcing,” katanya dalam sidang media Majlis Setiausaha Pakatan Harapan hari ini.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/515082

COMMENTS

Wordpress (0)