‘Bantuan Kereta Vellfire’ untuk Menteri bernilai RM5,759.35 sebulan

‘Bantuan Kereta Vellfire’ untuk Menteri bernilai RM5,759.35 sebulan. Bajet 2022 dilihat kononnya sangat mesra rakyat. Sebagai contoh orang muda dapat ewallet RM150 secara one off.

Penjawat awam pula mendapat RM700 one off. Rakyat pasti bergembira kerana menerima bantuan tersebut. Tahniah.

Namun di sebalik pemberian sagu hati kepada rakyat ini, tanpa disedari, Menteri-Menteri BN-PN-PAS ini sebenarnya dapat menikmati bantuan yang paling banyak.

Mereka mendapat “bantuan kereta Vellfire” sebanyak RM 5,759.35 sebulan. Tahniah.

'Bantuan Kereta Vellfire' untuk Menteri bernilai RM5,759.35 sebulan

Menteri-Menteri kerajaan BN-PN-PAS mendapat kereta Vellfire baru sejak April 2021. Perkara ini berlaku ketika rakyat sedang kehilangan kerja, syarikat lingkup dan kes membunuh diri menjadi-jadi pada tahun 2021.

Hutang negara juga telah mencecah sehingga RM1.3 trillion. Hutang kerajaan telah mencecah 65% KDNK.

Adakah kemewahan ini satu keperluan?

Mereka ini yang dulu lantang membantah kerajaan PH kerana mempertimbangkan cadangan untuk menukar kereta. Sekarang mereka seronok menikmati kemudahan ini tanpa perasaan segan silu.

Segala bantahan dulu nampaknya telah dicurahkan ke laut selat Melaka.

Dan paling nyata, Najib yang lantang membantah kerajaan PH, sekarang membisu seribu bahasa.

Rakyat dapat memerhatikan pendirian dan karenah BN-PN-PAS sebelum dan selepas mendapat kuasa.

SUMBER :

BACA JUGA : Panas !!! AMK dedah punca GPS Sarawak terburu-buru mahu PRN
Calon katak : Akhirnya Adly Zahari bersuara

CATEGORIES