Bantah pelantikan Ismail Sabri, petisyen sudah raih lebih 200,000 tandatangan

Bantah

Bantah pelantikan Ismail Sabri, petisyen sudah raih lebih 200,000 tandatangan. Satu kempen dalam talian menolak pelantikan Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri ke-9 mendapat lebih 200,000 tandatangan warganet sejak dilancarkan semalam.

Petisyen itu menulis bahawa rakyat tidak mahukan Ismail dilantik sebagai perdana menteri kerana ketika menganggotai kerajaan Perikatan Nasional (PN), beliau dikatakan cuai dan gagal menangani wabak Covid-19.

Ketika ini, Ismail dipercayai memperoleh sokongan 114 Ahli Parlimen menjadikan kelebihan majoriti berpihak kepadanya.

Bantah

Jika semua sokongan itu dapat disahkan di hadapan Yang di-Pertuan Agong hari ini, maka Anwar Ibrahim gagal mendapat sokongan majoriti dengan jumlah terkini hanya 105 sokongan Ahli Parlimen.

Selesai mengumpul perakuan sokongan daripada kalangan Ahli Parlimen, Yang di-Pertuan Agong akan bermesyuarat bersama Majlis Raja-raja Melayu Jumaat ini bagi memutuskan hal berkenaan pelantikan perdana menteri dan pembentukan kerajaan baharu.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/19/petisyen-bantah-ismail-pm-ke-9-raih-lebih-200000-tandatangan/

BACA: Pemulihan ekonomi adalah cabaran terbesar PM baharu – Pakar

Artikel ini disiarkan pada 19/08/2021

COMMENTS

Wordpress (0)