Banjir : Hishammudin bercuti, Hamzah KDN tidur ?

Sekalipun Perdana Menteri mempunyai program namun sekembalinya dari Pahang berbaju Melayu tidak pun sempat balik kediamannya terus ke pejabat Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang memberi taklimat kepadanya mengenai keadaan banjir yang melanda beberapa negeri ekoran hujan lebat berterusan.

Perdana Menteri memaklumkan beliau telah bercakap dengan Panglima Angkatan Tentera Affendi Buang dan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani supaya menggunakan aset tentera, polis, Angkatan Pertahanan Awam, bomba dan agensi sokongan lain untuk memindahkan mangsa banjir dan memastikan bekalan makanan serta keperluan selain khidmat kesihatan disediakan segera di PPS.

Banjir : Hishammudin bercuti, Hamzah KDN tidur

“Saya telah menghubungi KSN (Ketua Setiausaha Negara), KP MKN (Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara) dan akan terus berkomunikasi dengan mereka dan sebagainya untuk tindakan selanjutnya,” kata perdana menteri.

Ismail Sabri berkata sebanyak 453 aset kenderaan dan logistik daripada pelbagai agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam, PDRM, ATM, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Kementerian Kesihatan telah diatur gerak untuk membantu mangsa dengan kekuatan seramai 2,817 anggota.

Beliau turut memberitahu bahawa talian hotline Pusat Pengurusan Bencana Negara iaitu 03-80642400 kini dibuka untuk bantuan dan kecemasan.

Pada hari pertama berlakunya banjir seramai 11,384 mangsa daripada 4,500 keluarga ditempatkan di 188 pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak berikutan banjir akibat hujan lebat.

Banjir besar di Selangor sesuatu yang tidak terduga berbanding di negeri-negeri lain namun sesuatu yang janggal sejak hari pertama berlaku banjir besar ialah Menteri-menteri berkaitan yang menjaga bencana, keselamatan dan pertahanan?

Tidak kelihatan Menteri Kanan Pertahanan Dato’ Seri Hishammudin Tun Hussien, Datuk Dr.Haji Abdul Latiff bin Ahmad Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) yang menjaga NADMA dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin Menteri Dalam Negeri (KDN).

Juga paling menghairankan mana Datuk Mastura Tan Sri Dato’ Mohd Yazid Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) yang membantu Dr Latif? tak kan beliau juga tak mampu turun dan menggerakkan apa yang boleh mendahului bosnya Dr Latif.

Tiap hari duduk pejabat tak mahu turun padang..

Setakat ini Hishammudin Menteri Pertahanan itu hanya main facebook dan media sosial namun turun padang belum dibuat lagi.

Dato’ Seri Hishammudin Tun Hussien dilaporkan sedang bercuti maka kelibatnya tidak kelihatan selaku Menteri Kanan Pertahanan yang mengarahkan semua pasukan keselamatan bersama Hamzah Zainuddin.

Lebih malang lagi Dr.Haji Abdul Latiff bin Ahmad Menteri selaku Menteri yang menjaga NADMA sepatutnya bertindak lebih awal bukan membiarkan Perdana Menteri turun padang dahulu.

Lebih memalukan Yang diPertuan Agong turun melawat lebih awal. Jika Dr Latif Menteri Bersatu itu tak dapat pun beliau sepatutnya boleh mengarahkan timbalan Menteri JPM berkaitan bencana datang lebih awal.

Begitu juga bantuan yang lambat diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui menterinya Datuk Seri Rina Harun. Di mana dia sejak semalam hingga kini belum muncul untuk memberi bantuan.

Mengapa membiarkan PM Ismail Sabri seolah-olah berseorangan menghadapi masalah? Setakat ini PM turun padang sendiri melihat sendiri masalah dan mengarahkan semua aset kerajaan membantu rakyat terjejas.

BACA JUGA : Akta 342 ditangguhkan, penting untuk dapatkan penerimaan rakyat – KJ
Rakyat duduk atas bumbung, menteri siap buat majlis pelancaran misi banjir

CATEGORIES