Bakar kampus : Polis buru 3 mahasiswa

Seramai lapan mahasiswa dari Institut Islam Negeri Madura di Pamekasan didakwa terlibat membakar kampus pengajian itu semasa rusuhan yang berlaku dua bulan lalu.

Lapor Suara.com, daripada jumlah itu, seramai lima orang dikenal pasti sebagai suspek, sementara, tiga yang lain masih dalam buruan pihak polis.

Oleh itu, Unit Siasatan Jenayah Polis Pamekasan, Jawa Timur menggesa tiga mahasiswa tersebut menyerahkan diri bagi memudahkan siasatan pihak berkuasa.

Bakar kampus : Polis buru 3 mahasiswa

30 Julai lalu, beberapa mahasiswa dilaporkan mengadakan tunjuk perasaan bagi menuntut kos pengajian diturunkan di kampus itu.

Aksi tunjuk perasaan yang berlangsung dalam keadaan tenang kemudian bertukar menjadi tegang sehingga berlaku kerosakan pada kemudahan kampus akibat dibakar.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/09/polis-buru-tiga-mahasiswa-bakar-kampus/

BACA JUGA : Terkini!!! Jumlah jemaah solat Jumaat di Selangor dinaikkan ke 100 orang