“Bakal suami kerja biasa-biasa je tapi masa akad nikah tu aku terkedu bila dengar bakal suami sebutkan jumlah mas kahwin dan apa yang dia bagi”

Berbunga hati rasa. Memang wujud lelaki lelaki gentleman baik yang bekerja kuat. Selain confessor, salah seorangnya suami ku.

Jangan risau ya sahabat sahabat ku yang masih bujang. Masa kalian, dengan orang yang tepat akan tiba.

Sebelum berkahwin, memang terlalu banyak ujian. Sering jugak aku menangis, tetapi bukan kerana K. Tetapi kerana susahnya nak menghalalkan hubungan kami.

"Bakal suami kerja biasa-biasa je tapi masa akad nikah tu aku terkedu bila dengar bakal suami sebutkan jumlah mas kahwin dan apa yang dia bagi"

Kami berdua, belajar tinggi juga tapi berlatar belakangkan keluarga yang sederhana. Manakala K bukan dari keluarga yang senang. Sebelum aku bertunang dengan K dulu, aku sudah pernah bertunang. Dan ketika itu, ayah aku tetapkan hantaran RM10K. Entahla, tak ada jodoh.

Bila dengan K, aku risau sangat jika ayahku akan kembali menetapkan nilai hantaran begitu. Namun hati aku lega sangat, ketika bertunang dengan K ayahku awal awal lagi menyerahkan pada pihak lelaki berkenaan hantaran. Kenapa aku risau? Kerana aku tahu, ketika itu dalam simpanan K tidak pernah sampai seribu pun. Bayangkan, gaji 800, 300 diberi pada ibu ayah, kadang 200 diberi pada adik beradik.

Baca Artikel Penuh