Baju Aliff Aziz waktu final GV8 sama dengan Michael Ang, ini komen padu Michael

Pengarah dan penerbit, Michael Ang ada memberikan respon mengenai persalinan jaket merah yang dipakai Aliff Aziz ketika pusingan ‘battle’ bersama Aweera di pentas akhir Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), malam tadi.
Michael mengakui, dia turut mengenakan baju sama ketika melakukan penggambaran muzik video lagu single pertamanya, ‘Cinta Atau Propa’, baru baru ini.
Jelasnya lagi, pakaian tersebut diberikan kepadanya oleh seorang penata gaya untuk menjayakan muzik video berkenaan.
“Salam semua. Tak baik Cakap pakai baju I. Baju tu pun stylist i @abushaefhamza pinjam from @neonate.company for my MTV.
“Tak salah and bukan satu persoalan pinjam atau meminjam. Kau orang ingat kita artis kaya sangat semua kita beli. Baju pinjam aje.
“Luv u all n be safe. Anyway Aliff pakai lagi elok dari I pakai! Hehe… jujur ya bukan nak jadi sarcastic ya!,” tulis Michael menerusi di akaun Instagram miliknya.
Lihat siaran ini di Instagram
Terdahulu semasa segmen ‘battle’, Aliff bergandingan dengan Aweera mempersembahkan lagu Bangun nyanyian asal oleh Aman RA.
Baca juga : Antara Aliff Aziz dengan Nikki & Suki, ini komen padu Ramli MS
Kemenangan Aliff Aziz dalam GV8 terus undang pertikaian, netizen mahu kira balik markah Nikki & Suki
Lizzy kongsi gambar jumpa dentist, lain pula yang netizen tengok