Bahayanya sikap “pelampau agama” dalam negara ini

Sekarang ramai rakyat Malaysia sudah tahu apa bahayanya walaun dalam negara ini. Semalam baru anggota polis dan tentera dah kena tajjasus dengan Asri Janggut sampai pertikai syahadah dan solat anggota polis. Walaupun dia dah minta maaf tapi dari ayat dia jelas satu kesombongan yang nyata. Mungkin asbab ahli parti agama, dapat pula lindungan ulama besar, kopiah kat kepala 24 jam, dia merasakan yang syurga dan neraka itu milik dia.

Kami dalam Amanah dah lama rasa macam mana kena persoal ibadah, kena kafir, di persoal iman, di suruh taubat sebab keluar dari PAS, gara-gara berlainan parti politik. Cuma dia lupa satu ingredient besar kalau hendak masuk syurga, iaitu masuk syurga bukan dengan amalan sendiri tapi dengan “rahmat Allah”.

Dia lupa yang kesombongan juga salah satu sebab Allah keluarkan Azazil dari syurga. Dan kesombongan juga jadi penghalang diri untuk masuk syurga sebagai mana hadis Nabi di bawah. Mungkin dia rasa sebab dia dalam parti agama, Allah akan kurniakan free pass dengan kad ahli.

Tidak akan masuk surga seorang yang dalam hatinya ada sebiji zarrah dari kesombongan. (HR. Muslim)

Inilah dia yang selalu saya kata, walaun ini menjadikan ulama-ulama mereka sebagai tandingan untuk Allah. Apa yang Nabi ajar mereka tak buat, tapi apa yang ulama mereka suruh walaupun berlawan dengan quran dan hadis mereka ikut membuta tuli. Dahulu lebai mereka haramkan makan sebelihan UMNO, maka mereka taat buang benda yang Allah halalkan. Kini mereka boleh pula bersama dengan MCA yang dahulu mereka tamsil dengan sekawah daging [email protected]

Dari dahulu lagi saya tak suka sentuh bab dosa peribadi, contoh tinggal solat, zina & minum arak kalau di buat di tempat tertutup. Sebab the moment orang tadi bertaubat dan kalau Allah terima taubat mereka, kita yang sentuh bab tadi akan mendapat dosa ghanimah. Tapi kalau perbuatan macam takfiri, perasan diri suci, rasuah dan pecah amanah, itu kita wajib hebahkan sebab maslahat pada masyarakat.

Anyway penyelesaian pada masalah yang di timbulakan oleh Asri Janggut ini mudah sahaja. PH dah propose untuk Rang Undang-undang (RUU) Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) tapi kini di tolak oleh PN. Kalau ada IPCMC, maruah polis terbela, polis yang di tuduh akan dapat keadilan sebab IPCMC akan di hakimi oleh satu komuti bebas dan yang penting, Anggota Polis yang jujur dan amanah tidak akan terkesan. Tapi bila tak ada IPCMC, dan tiap kali kes ini tular, rosak nama ketua balai sebab orang ramai dah salah anggap dan buruk sangka.

Lepas tular reda, kita balik semula pada keadaaan asal di mana judi dan kedai haram bebas berniaga, sampai lah kiamat kitaran ini tidak akan habis. Kalau ada IPCMC, setiap kes akan di adili ikut proses, pengadu ada akses untuk follow up case mereka secara formal. Nama baik Polis juga akan terperlihara dan harum di mata masyarakat.

Sumber :