Bahaya makan tunas kentang, ini sebabnya, paling bahaya

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Sebut sahaja ubi kentang, semua lapisan masyarakat pastinya kenal dengan sayuran ini. Pelbagai resipi boleh dibuat menggunakan ubi kentang.

Tahukah anda, ubi kentang yang disimpan terlalu lama akan bertukar menjadi hijau dan tumbuh tunas.

Malah, rasa kentang juga akan menjadi sedikit pahit.

Bahaya makan tunas kentang, ini sebabnya, paling bahaya

Biasanya anda buat apa dengan kentang yang dah bertunas. Kalau jumlahnya banyak sayang hendak buang. Sebab nak jimat, anda pun kupas kulit dan masak.

Rupanya tindakan itu boleh membahayakan seisi keluarga yang makan kentang dah bertunas.

1. Awas! Boleh sakit perut

Kentang yang bertunas akan menjadi hijau dan menjadi pahit. Keadaan inilah memberi bahaya pada sistem pencernaan kita sehingga boleh menyebabkan sakit perut. Kerana kentang tersebut sudah beracun.

Ia disebabkan adanya unsur kimia pada batang tunas kentang.

2. Sakit kepala

Jika makan dengan kadar yang banyak, ia berisiko bukan setakat mengganggu sistem pencernaan. Malah boleh menyebabkan mual, perut menjadi kejang, muntah dan sakit kepala.

3. Kentang kulit hijau beracun

Kentang yang berkulit hijau ni biasanya kita jumpa pada kentang yang dah tersimpan lama sampai ia mengeluarkan tunas. Kentang jenis ini mengandungi solanin dan ada alkaliod jahat.

4. Kehilangan nutrisi

Penyelidik mendapati sekiranya bahagian utama kentang masih kuat, ia masih mempunyai nutrisi yang baik. Sebaliknya jika keadaan kentang itu mengecut, ia tidak boleh dimakan. Nutrisinya hilang sama sekali.

5. Risiko kanser

Dalam kajian yang dijalankan, akrilamida dalam makanan boleh menyebabkan kanser yang menyerang ginjal, endometrium dan ovari.

Sebab itu dilarang menyimpan kentang dalam peti ais. Sebaiknya simpan di kawasan yang gelap yang tidak terkena matahari.

Baca:Rupanya ini sebab harga saffron dalam nasi briyani direkod rempah paling mahal di dunia