Azam Baki kata sedekah atau sumbangan, rasuah tetap rasuah! – Hadi bakal dikenakan tindakan?

Oleh GEMILANGDAILY

Azam Baki kata sedekah atau sumbangan, rasuah tetap rasuah! – Hadi bakal dikenakan tindakan?. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat apa sahaja bentuk rasuah berdasarkan peruntukan undang-undang, bukannya tertakluk kepada pemahaman peribadi, kata ketua pesuruhjayanya, Azam Baki.

Beliau berkata, rasuah adalah rasuah, tidak kira bagaimana seseorang itu memilih untuk menggambarkannya kerana undang-undang jelas mentakrifkan apa yang dimaksudkan dengan pembelian undi.

“Seksyen 10(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 adalah sangat jelas dan apa jua istilah awam digunakan mempertahankan hujah adalah tafsiran peribadi semata-mata.

“Sama ada ia ‘sedekah’ atau ‘sumbangan’, undang-undang menganggapnya sebagai rasuah yang dibayar kepada pengundi, tidak kira sama ada pengundi memintanya atau tidak,” katanya memetik laporan The Star.

Azam Baki kata sedekah atau sumbangan, rasuah tetap rasuah! - Hadi bakal dikenakan tindakan?

Seksyen 10(a) akta berkenaan dengan perbuatan rasuah sebelum, semasa dan selepas pilihan raya, dilakukan secara langsung atau tidak langsung oleh calon sendiri atau oleh wakil bagi pihaknya.

Komen Azam itu susulan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang, baru-baru ini, terhadap petisyen difailkan Umno Terengganu bagi membatalkan keputusan PRU15 di tiga kawasan Parlimen di negeri Pantai Timur itu.

Hadi berkata, mereka yang dirakam dalam video menyerahkan wang tunai kepada pengundi hanyalah melakukan kerja amal.

Ahli Parlimen Marang itu, berkata undang-undang pilihan raya menetapkan hanya calon dan ejen mereka dilarang memberi wang tunai.

Komen beliau mengundang kritikan pelbagai pihak kerana Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 jelas melarang perbuatan terbabit.

BACA:

Cikgu Fadli Salleh geram tengok murid sekolah rendah minta sedekah jual tisu depan KFC

Jutawan terkenal tebalkan muka jual makanan tepi jalan sebab nak bayar hutang RM29 Juta

Hadi kata ini kerajaan ‘berkepala besar’, bukan kerajaan perpaduan