Ayah tersilap transfer duit KWSP ke bank orang lain, terpaksa rayu pulangkan semula

Ayah tersilap transfer duit KWSP ke bank orang lain, terpaksa rayu pulangkan semula. Demikian ciapan seorang gadis di laman Twitter yang tular mengenai bapanya tersilap memindahkan wang ke akaun bank milik individu lain.

Dia kemudian memohon pertolongan warganet untuk menjejaki seorang lelaki bagi merayu individu tersebut memulangkan semula wang berkenaan.

Menerusi satu perkongsian, wanita yang dikenali sebagai Nysa berkata, bapanya secara tidak sengaja melakukan kesilapan dengan memindahkan sejumlah wang ke akaun dipercayai milik seorang lelaki.

“First thing first, ayah tersalah satu digit nombor tanpa check nama terus proceed untuk transfer. Gambar screenshot (SS) first tu saya yang check untuk semak nama orang tu,” kongsinya.

Ayah tersilap transfer duit KWSP ke bank orang lain, terpaksa rayu pulangkan semula

Menurut Nysa, bapanya yang menetap di Terengganu melakukan transaksi pada Khamis lalu (28 April) sekitar pukul 9.30 malam di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Bank Simpanan Nasional (BSN).

Baca Artikel Penuh