Ayah kejam kena penjara 212 tahun, mahu claim insuran sampai sanggup bunuh 2 anak sendiri

Ayah kejam kena penjara 212 tahun, mahu claim insuran sampai sanggup bunuh 2 anak sendiri

Seorang ayah di Amerika Syarikat (US) berdepan hukuman penjara 212 tahun atas kesalahan membunuh dua anaknya yang autisme ekoran mahu menuntut insurans kematian.

Pihak pendakwa raya menjelaskan, pada awalnya lelaki terbabit, 45 tahun, telah membeli polisi ‘insurans nyawa dan kematian akibat kemalangan’ yang bernilai kira-kira lebih RM12 juta bagi pihak diri dan keluarganya sekitar 2013 lalu.

Bagaimanapun dalam pendakwaan tersebut, satu rakaman perbualan di telefon dimainkan, di mana lelaki berkenaan mengesahkan bahawa polisi insurans miliknya masih aktif, selain mendakwa akan turut dibayar kembali apabila berlaku kematian akibat kemalangan.

Dalam masa sama katanya, tiada sebarang siasatan bagi mana-mana tuntutan yang dibuat selepas dua tahun polisi itu dibeli.

Bunuh anak demi duit

Bagaimanapun tidak sampai dua minggu selepas tempoh dua tahun itu berakhir, lelaki berkenaan bertindak di luar jangkaan apabila dia menghumban kereta yang dinaiki ahli keluarganya ke dalam laut di satu lokasi berhampiran jeti pelabuhan Los Angeles.

Berdasarkan kenyataan Pejabat Guaman California AS, lelaki kejam itu dilaporkan sengaja membiarkan tingkap kereta tersebut terbuka, dipercayai mungkin mahu memastikan kenderaan itu tenggelam lebih cepat.

Lebih malang, dua anaknya yang bersifat autisme, masing-masing berumur 13 dan lapan tahun yang berada dalam kenderaan itu tidak dapat menyelamatkan diri dan akhirnya mati lemas akibat terperangkap.

Namun isterinya bernasib baik kerana dapat berenang keluar dari kereta itu, selain turut dibantu dengan pelampung yang dilemparkan oleh seorang nelayan yang menyaksikan kejadian tersebut.

Seorang lagi anak mereka dilaporkan terselamat kerana tidak bersama sekali ketika tragedi itu berlaku.

“Sepatutnya anak ini dapat ayah yang penyayang, tapi…”

“Akibat tidak berpuas hati dengan keadaan kewangan dan keluarganya, Encik El (bukan nama sebenar) telah membeli insurans yang bernilai jutaan dolar untuk diri sendiri, isteri dan dua anaknya yang kurang upaya (autisme), kemudian telah menghalau mereka (dalam kejadian di jeti) bagi mendapatkan semula wang tunai (tuntutan kematian).

“Kedua-dua anak lelaki ini sepatutnya layak mendapat ayah yang penyayang, tapi sebaliknya mereka mendapat seorang lelaki yang meletakkan ketamakan dan kepentingan dirinya melebihi kehidupan mereka,” kata peguam, Nick Hanna dalam perbicaraan itu.

Selain berdepan hukuman penjara 212 tahun, lelaki itu juga turut perlu membayar semula wang tuntutan kepada syarikat insurans berkenaan dengan kadar kira-kira RM1 juta.

Terdahulu, lelaki terbabit mempunyai beberapa rekod jenayah atas beberapa kesalahan sebelum ini seperti penipuan wayar, penipuan emel, pencurian identiti serta pengubahan wang haram.

“Dia adalah seorang penjenayah dan pembohong yang ‘hebat’..dan tidak lebih daripada pembunuh tamak dan kejam,” ulas hakim, John F. Walter yang mengungkap perkataan ‘jahat dan jahat’ ke atasnya ketika perbicaraan itu,

Berita Penuh : https://siakapkeli.my/2021/03/12/tergamak-humban-kereta-dalam-laut-biar-2-anak-autisme-mati-lemas-untuk-tuntut-insurans-ayah-kejam-dipenjara-212-tahun/