“Ayah benci anak aku tapi dengan cucu lain elok je, dengan anak aku kerja nak jerkah, anak aku sampai tanya kenapa atok tak sayang dia”

Kalau bercakap dengan anak aku memang tak pernahlah nak elok-elok, kerja nak jerkah sesaja.

Anak aku sampai tanya kat saya, kenapa atok tak sayang abang?Salam min, minta tolong sangat siarkan luahan masalah saya dan tolong hidekan identiti saya.

Saya nak tanya ade ke kat sini mengalami situasi yang sama macam saya yang benci bapak sendiri? Macam mana cara nak buang perasaan tu.

“Ayah benci anak aku tapi dengan cucu lain elok je, dengan anak aku kerja nak jerkah, anak aku sampai tanya kenapa atok tak sayang dia”

Semakin hari semakin perasaan benci tu semakin membuak-buak dengan perangai dia. Perasaan ni bukan baru tapi dah dipendam lama. Sebabnya dari kecik saya tengok mak saya sorang saja yang cari nafkah untuk keluarga.

Beras lauk tak pernah sekali pun bapak beli. Hanya untuk duit belanja bapak, dia sendiri cari tapi kadang-kadang mintak kat mak saya. Mak saya tu la, saya rasa sebaik-baik umat boleh bertahan dengan dia. Mungkin ada yang kata tunggu saya jadi mak ayah, baru tahu perasaan mereka, kesusahan mereka.

Baca Artikel Penuh