Awas !!! Superman versi baru DC Comics promosi budaya LGBT

Superman versi baru DC Comics promosi budaya LGBT. Pengeluar komik ‘superhero’ popular, DC Comics memperkenalkan watak Superman yang tergolong dalam kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menerusi siri komik terbaharu adiwira tersebut.

Komik itu memaparkan percintaan antara anak lelaki Clark Kent dengan rakannya.

Jon Kent yang merupakan anak kepada Clark Kent (Superman asal) dan Lois Lane dalam siri yang akan dikeluarkan pada bulan depan, mempunyai hubungan intim dengan rakannya yang juga seorang wartawan, Jay Nakamura.

Menurut DC Comics, edisi Superman: Son of Kal-El isu lima itu bakal berada di kedai-kedai buku pada 9 November depan.

Sebelum ini, pada Ogos lepas, watak Robin dalam komik Batman turut diketengahkan sebagai lelaki songsang. Pesaing DC Comics, Marvel Comics mengumumkan watak LGBT pertamanya, Captain Amerika pada Mac lepas.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/10/12/dc-comics-umum-superman-lgbt/

COMMENTS

Wordpress (0)