Awas !!! Musibah banjir jadi tumpuan pencuri

Musibah banjir jadi tumpuan pencuri.Ketika ramai sukarelawan serta agensi kerajaan sedang sibuk membantu ­mangsa banjir, terdapat pula individu atau kumpulan yang mengambil kesempatan mencuri harta benda penduduk yang terjejas akibat bencana itu. Antara barangan yang menjadi sasaran penjenayah seperti rim dan tayar kenderaan, ­peralatan elektrik serta kasut-kasut ­berjenama, malah kereta yang tersadai turut dalam ‘radar’ pencuri.

Beberapa gambar memaparkan kejadian aktiviti mencuri di Taman Sri Muda, Shah Alam mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Foto yang dikongsi oleh pengguna Facebook dikenali sebagai Kamarul Azizi dipercayai diambil ketika mangsa banjir bertindak memecah masuk beberapa kedai runcit serta pasar raya di sini.

Melalui foto tersebut, dapat dilihat kebanyakan kedai telah licin dikerjakan sehingga ada yang sanggup mengambil barang bukan keperluan seperti televisyen dan perkakasan rumah.

Kamarul dalam satu hantaran berkata, orang ramai perlu sabar kerana terdapat pelbagai bantuan yang diterima sama ada dari pihak kerajaan mahupun sukarelawan.

May be an image of 3 people and people standing

“Kita faham ramai yang terdesak demi kelangsungan hidup tetapi tidak perlu pecah masuk kedai kerana terdapat banyak bantuan yang diberikan.

“Harap, mangsa banjir tidak terlalu cerewet dengan bantuan yang diberikan dan bersyukur kerana ramai yang prihatin,” katanya.

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa geram walaupun turut bersimpati dengan nasib mereka yang terpaksa menghadapi musibah banjir.

“Allah, Kalau tak tengok di sini memang tak tahu, mula-mula memang kasihan sangat,” kata Zainal Abu Bakar.

“Bagus ada pendedahan begini, sekurang-kurangnya rakyat tahu apa yang jadi. Di negeri lain yang banjir, takda pula timbul isu pecah masuk macam ni,”

BACA:

Mentakab tenggelam, “Kali ini, tiada barang yang selamat sebab rumah habis tenggelam”
“Janganlah jerit-jerit dekat saya…. Saya tak biasa orang jerit-jerit dekat saya”

Artikel ini disiarkan pada 24/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)