Awan menyerupai UFO gemparkan warga Acheh.Fenomena awan menyerupai objek terbang tidak dikenali (UFO) muncul di langit Desa Punge, Kecamatan Jaya Baru di Kota Banda Aceh petang semalam, lapor porta berita liputan6.com
Badan Meteorologi Iklim dan Geofizik (BMKG) menyebut, awan tersebut adalah antara pembentukan awan berbahaya bagi penerbangan.
“Awan berbentuk UFO ini disebut wan Lenticularis atau bahasa biasa, awan topi atau awan tudung. Ia berbahaya untuk penerbangan,” kata pegawai BMKG Meulaboh-Nagan Raya, Rezky P Hartiwi hari ini.
Beliau berkata, awan Lenticularis berbahaya kepada pesawat kerana boleh mengakibatkan pergolakan udara yang kuat, manakala pesawat yang terbang rendah akan menghindari awan tersebut.
Menurutnya, awan tersebut juga dikaitkan dengan hujan dan angin kencang.
“Kalau boleh duduk sahaja di rumah, jika perlu keluar juga mohon waspada dan hati-hati,” katanya.
Rezky memberitahu, awan UFO biasa berlaku di sekitar gunung atau bukit akibat tiupan angin di kawasan pegunungan.
Terdahulu, komuniti Kota Banda Aceh terpegun melihat awan berbentuk UFO tersebut. Ramai penduduk mengambil peluang mengabadikan awan aneh itu menggunakan kamera telefon bimbit masing-masing
Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/07/awan-ufo-muncul-di-aceh/