Seorang ahli PAS yang turut berada dalam majlis tertutup dimana rakaman audio Nik Abduh dibuat tampil mengesahkan keaslian audio tersebut hari ini. Mohamad Hanafi Sulaiman menjelaskan audio terbabit telah dirakam sewaktu satu majlis bersama Nik Abduh dan beberapa pemimpin PAS yang lain pada 2016 di Puchong, Selangor.
Menurut beliau lagi, pendedahan awal yang dibuat beliau selepas PRU14 yang lepas telah mengundang kutukan dan kejian terhadap dirinya. Beliau turut kesal, walaupun kes tersebut dilapor dalam parti namun siasatan tidak pernah dilakukan oleh pihak parti.
Mohamad Hanafi turut menegaskan, Nik Abduh memang mengaku menerima duit UMNO dan pengakuan itu (rujuk audio Nik Abduh “Ana Tahu”) berlaku pada bulan Oktober 2016 di Puchong.
Beliau yang turut melahirkan kekesalan tentang tindak tanduk pemimpin PAS “tertentu” yang suka mengadakan rundingan secara sulit dan memaksa ahli menerima segala yang telah “dirundingkan” (dengan UMNO).