ASP dan Inspektor PDRM dikesan berhibur di kelab malam

ASP dan Inspektor PDRM dikesan berhibur di kelab malam

ASP dan Inspektor PDRM dikesan berhibur di kelab malam. Serbuan yang dilakukan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman di sebuah kelab di Petaling Jaya pada Rabu, berjaya mengesan dua pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, serbuan yang dilakukan pada jam 12.15 tengah malam itu, mengesan dua pegawai terbabit bersama dengan pengunjung di premis tersebut.

“Semasa serbuan dibuat, terdapat dua pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan Polis dan Inspektor yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan Bukit Aman berada di dalam premis tersebut,” katanya.

Turut tular di aplikasi Telegram yang mendakwa, turut dirampas sejumlah wang tunai RM56,750 dalam beg galas dibawa oleh salah seorang pegawai terbabit.

Arjunaidi bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut. “Tiada sebarang tangkapan atau rampasan dalam bentuk wang tunai dibuat terhadap kedua pegawai berkenaan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak,” katanya.

ASP dan Inspektor PDRM dikesan berhibur di kelab malam

Kes dua pegawai terbabit akan dirujuk kepada JIPS untuk dikenakan tindakan tatatertib. Arjunaidi berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggotanya yang didapati melanggar peraturan atau mencemarkan imej pasukan.

Tindakan tegas tetap akan diambil terhadap pegawai/anggota terbabit mengikut peraturan sedia ada.

BACA:

Kartel dadah di Malaysia dikhuatiri pengaruhi PDRM, ahli politik

Bekas KPN gesa PDRM siasat akaun twitter ‘@edisi_siasatmy’

Gempar !!! Singapura kerah 2 jet F-16 pintas helikopter PDRM?, Ini penjelasan Bukit Aman

CATEGORIES