Aset RM16.7 Juta milik ‘influencer’ ini akan disita polis

Aset RM16.7 Juta milik ‘influencer’ ini akan disita polis

Badan Siasatan Jenayah Polis Indonesia memaklumkan jumlah aset supek dalam kes penipuan pelaburan menerusi aplikasi Binomo, Indra Kesuma atau lebih dikenali sebagai Indra Kenz dianggarkan mencecah 57.2 bilion (RM16.7 juta).

Jurucakap polis, Gatot Repli Handoko berkata, jumlah keseluruhan aset milik influencer atau pempengaruh media sosial itu kini dalam pengiraan sebelum semuanya disita.

“Pihak berkuasa menjangkakan jumlah aset Indra yang akan disita boleh mencecah 57.2 bilion rupiah,” katanya seperti yang dilapor CNN Indonesia.

Menurut Gatot, polis sebelum ini sudah pun menyita sejumlah aset milik pempenagruh berasal dati Medan itu, termasuk dua unit kereta mewah jenama Ferrari dan Tesla.

Aset RM16.7 Juta milik 'influencer' ini akan disita polis

Kemudian, polis turut menyita dua bidang tanah di Deliserdang, Sumatera Utara dan sebuah rumah di Medan.

Ketika ini, polis menyiasat beberapa lagi aset milik Indra termasuk lima buah kereta mewah dan dua jam tangan.

Jumlah aset Indra yang sudah disita setakat ini berjumlah 43.5 bilion rupiah (RM12.7 juta).

Aset RM16.7 Juta milik 'influencer' ini akan disita polis

Indra Kenz sebelum ini didakwa terlibat dalam kegiatan perjudian dalam talian, menyebarkan berita palsu melalui media elektronik dan pengubahan wang haram berkaitan aplikasi Binomo.

Binomo merupakan platform saham dalam talian di Indonesia.

Namun, platform itu didakwa palsu dan menjadi lubuk penipuan pihak tidak bertanggungjawab, malah Indra Kenz turut didakwa mempunyai kaitan dengan kewujudan aplikasi berkenaan.

Kehidupan mewah yang ditonjolkan oleh pempengaruh media sosial itu juga mendapat perhatian pelbagai pihak sehingga dia didakwa melakukan penipuan.

Tonton:

Berita Lain:
Adik Shila Amzah mengamuk, “Kau panggil mak aku pelacur!”

Bingit telinga dengar jiran masak pakai kuali, “nak ajak kita perang ke apa?”

Mahkamah arah guru agama dipenjara kerana rotan pelajarnya 5 tahun dahulu

CATEGORIES