Asbab nak bergaya di hari raya, wanita ini rembat kad atm ibu saudara kerana nak pakai iPhone ditahan Polis

Asbab nak bergaya di hari raya, wanita ini rembat kad atm ibu saudara kerana nak pakai iPhone ditahan Polis.

Seorang wanita tempatan dicekup setelah disyaki mencuri sekeping kad ATM milik seorang wanita di sebuah premis sekitar Pandan Perdana, di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahya berkata, suspek yang merupakan wanita berusia 21 tahun berkenaan berjaya ditangkap di sebuah premis kira-kira pukul 12.25 tengah malam tadi.

Asbab nak bergaya di hari raya, wanita ini rembat kad atm ibu saudara kerana nak pakai iPhone ditahan Polis

“Kita turut merampas satu keping kad ATM milik mangsa dan satu unit telefon bimbit jenama iPhone 13 Pro yang dipercayai dibeli menggunakan transaksi akaun bank mangsa,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pihaknya menerima aduan daripada seorang wanita tempatan berkenaan pengurangan wang di dalam akaun bank miliknya pada 25 Mac lalu, sekitar pukul 8.53 malam.

Baca Artikel Penuh