Asalkan PH kalah, Majlis Syura Ulama tak kisah Pas nak pakai logo apa

Majlis Syura Ulama telah membincangkan penggunaan lambang parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dari sudut Siyaasah Syar’iyyah.

Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pihaknya menekankan kepentingan perundingan pertandingan satu lawan satu agar kemenangan tidak memihak kepada Pakatan Harapan (PH).

Asalkan PH kalah, Majlis Syura Ulama tak kisah Pas nak pakai logo apa

“Majlis Syura Ulama melihat aspek ini dalam kerangka perkara ‘mutaghyyirat’ (boleh berubah) dan bukannya perkara ‘thawabit” (yang tetap). Ia perlu disesuaikan dengan taktikal dan strategi parti.

“Justeru, Majlis Syura Ulama menyerahkan kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat untuk membuat keputusan berdasarkan strategi kebolehmenangan bersama yang terbaik, selaras peruntukan Perlembagaan PAS, Fasal 84,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Dalam masa sama, Khairuddin berkata, majlis itu juga meluluskan kelayakan calon bagi PRN Melaka untuk tindakan selanjutnya oleh Jawatankuasa Kerja Pas Pusat selaras Fasal 26 (9)(f) perlembagaan parti.

BACA JUGA : Panas !!! Pak Wan bakal umum sesuatu yang mengejutkan dalam masa terdekat
Pas kini jadi rebutan ramai, kata Pemuda Pas

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)