Arwah Tuan Guru Nik Aziz dapat gelaran Tan Sri

Arwah Tuan Guru Nik Aziz dapat gelaran Tan Sri.

Bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah antara 839 penerima Darjah Kebesaran,

Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 sempena Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Arwah Tuan Guru Nik Aziz dapat gelaran Tan Sri

Nik Aziz dan Lim dianugerahkan Panglima Setia Mahkota (PSM), anugerah persekutuan kedua tertinggi yang membawa gelaran “Tan Sri”. Mereka adalah antara 26 individu yang menerima anugerah itu tahun ini.

Yang lain termasuk Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul, dan dua bekas menteri persekutuan Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Anifah Aman.

Wan Junaidi, dari Sarawak, ialah bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), manakala Anifah merupakan menteri luar dari 2009 hingga 2018. Anifah, dari Sabah, kini merupakan Senator di Dewan Negara.

Lim pada Mac tahun lepas mengumumkan beliau akan bersara dari politik untuk selamanya. Nik Aziz, yang meninggal dunia pada 2015, turut berkhidmat sebagai menteri besar Kelantan dari 1990 hingga 2013.

Sementara itu, 28 individu menerima anugerah Panglima Jasa Negara (PJN) dan empat lagi anugerah Panglima Setia Diraja (PSD), kedua-duanya membawa gelaran “Datuk”.

Lima daripada 28 yang menerima anugerah JPN adalah bekas pemain badminton negara.

Mereka ialah Teh Kew San, Billie Ng, Tan Yee Khan, Yew Cheng Hoe dan Tan Aik Huang.

Bekas pemain beregu legenda, Ng Boon Bee turut diiktiraf selepas kematiannya dengan anugerah JPN.

Ng, yang membantu negara merangkul kejuaraan Piala Thomas yang pertama pada 1967, meninggal dunia tahun lalu. Beliau berumur 84 tahun.

BACA: 

Marketing diluar kotak pemikiran! Gerai ini jual nama Siti Nurhaliza sekali lain pula jadi bila netizen buat kerja