Artis wanita didakwa ‘kantoi dadah’ buka mulut

Artis wanita didakwa ‘kantoi dadah’ buka mulut. Selebriti sensasi Zarina Anjoulie berjanji akan memberikan kenyataan berhubung kes penangkapan seorang artis wanita akibat positif dadah di Nilai, Negeri Sembilan, semalam.

Tanpa berselindung, Zarina atau nama lengkapnya, Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul memaklumkan, dia mahu mengambil kesempatan menerusi kisah yang sedang hangat diperkatakan itu dengan membuat ulasan produk bagi mendapatkan duit.

“Bukan nak lari, nanti saya cerita. Yang mengenali saya, saya takkan sorok.

“Saya tak nak bagi kenyataan sekarang. Biar saya buat duit dengan ‘review’ dulu. Kalau cerita sekarang, ia habis di situ. Esok sudah tidak ada cerita. Jadi, biar saya pulun ‘review’ dulu.

“Bagi saya dua ke tiga hari. Kalau bagi sekarang, tak bolehlah buat duit dulu. Selepas itu saya cerita. Apa pun, buat duit dulu,” katanya.

Zarina, 34, berkata demikian ketika membuat sesi siaran langsung menerusi Instagramnya pada pukul 7 pagi, hari ini.

Ujarnya, dia juga tidak akan malu mengaku salah sama seperti kebanyakan masalah yang pernah ditimbulkan sebelum ini.

Katanya lagi, jawapan itu bagi menjawab soalan netizen yang membuat perlambangan ‘mana mungkin ada pencuri nak mengaku’ atas kesalahan yang melibatkan dirinya.

“Pertamanya, saya tak pernah mencuri. Mungkin kau (merujuk kepada pengguna akaun) yang biasa curi. Tapi kalau saya buat salah, saya tak malu mengaku. Saya tak macam kau. Jangan samakan saya macam kau. Kita tak sama.

“Sebab untuk saya, banyak perkara memalukan dalam hidup saya terjadi tak pernah elak. Saya bukan jenis lari dari masalah. Saya akan sentiasa beritahu pada orang. Semua kenal saya dan tahu, perkara memalukan apa sekalipun, saya takkan lari daripada ‘followers’,” tuturnya yang menyasarkan jumlah pengikut satu juta sebelum bersedia membongkan cerita sebenar.

Ketika ini Instagramnya mempunyai sebanyak 980,000 pengikut.

Getus pelakon yang pernah popular dengan drama Anak Pontianak itu, dia tidak akan pernah sesekali lari daripada masalah yang timbul dalam hidupnya.

“Siapa ‘follow’ tahulah. Dari gaduh dengan sesiapa, cerai, semua tahu saya macam mana. Bukannya tak tahu dan tak biasa dengan saya. Banyak sahaja benda memalukan berlaku dalam hidup, saya tak lari.

“Harap anda faham. Pada saya, apa saja terjadi dalam hidup, teruk macam mana pun, saya tak pernah lari dari masalah. Saya tak berselindung. Saya jenis buat salah, saya mengaku,” katanya.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan seorang selebriti sensasi tanah air yang mempunyai pengaruh di media sosial Instagram ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai di sini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, suspek seorang wanita berusia 34 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai pada pukul 9.15 malam.

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/06/30/kantoi-dadah-zarina-akan-jawab-selepas-pulun-reviu/

Jika Anda Terlepas: Mokhtar Senik dakwa bendera putih ‘agenda’ jatuhkan kerajaan PN

CATEGORIES