Apple ‘boikot’ negara Russia, henti jual produknya di sana

Apple ‘boikot’ negara Russia, henti jual produknya di sana

Apple telah menghentikan jualan produk-produk fizikalnya di Russia berikutan serangannya terhadap Ukraine. Ini merupakan langkah terbaru dari Apple selepas menyekat Apple Pay di Russia berikutan sekatan perdagangan.

Beberapa aplikasi berita Russia juga telah disekat di dalam App Store dari diakses oleh negara lain selain dari Russia.

Apple 'boikot' negara Russia, henti jual produknya di sana

Menurut Apple, pihaknya menghentikan segala bentuk jualan di negara berkenaan sebagai tindak balas serangan tersebut. Dikhabarkan, pihak Apple akan sentiasa membuat penilaian dari masa ke semasa tindakan tersebut berdasarkan situasi semasa.

Berikut adalah kenyataan penuh dari Apple:

Sekatan bertujuan menentang pencerobohan ketenteraan
Minggu lalu, Timbalan Presiden Ukraine Mykhailo Fedorov telah menulis surat terbuka kepada Apple meminta untuk menghentikan aktiviti urus niaga dengan Russia. Di dalam surat tersebut, tindakan tersebut akan menggalakkan rakyat terutamanya anak muda di Russia menentang pencerobohan tentera di Ukraine.

Buat masa ini Apple tidak menyatakan sebarang rancangan untuk App Store di Russia. Namun, pihaknya kini telah mematikan laporan trafik dan insiden seara langsung di dalam aplikasi Apple Maps di Ukraine sebagai langkah keselamatan.

Google juga telah mematikan data trafik Google Maps di Ukraine. Sebelum ia dimatikan, para penyelidik menggunakannya untuk menjejak pergerakan serangan tentera Russia dan mampu mendapatkan sebahagian gambaran mengenai serangan yang sedang dilancarkan.

Tonton:

Berita Lain:

Rupanya ini orang dibelakang RFID, patutlah..

Permohonan Najib Razak, Irwan Serigar bebas daripada pertuduhan pecah amanah ditolak mahkamah

Selamba main bowling di luar, status vaksin Ina Naim cetus persoalan

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)