Apabila cikgu pun jadi kaki buli cyber dan bodyshaming

Apabila cikgu pun jadi kaki buli cyber dan bodyshaming

Wahai lelaki.

Berhentilah berfikir guna zakar.

Ramai berkongsi screenshot komen-komen jelik berkenaan penampilan Ain. Lihat sendiri betapa ‘sakit’nya masyarakat kita.

Kebanyakan screenshot ini adalah dari group Facebook yang ahlinya terdiri dari para guru. Malah yang wanita juga ada yang gagal memahami isu sebenar yang sedang diperjuangkan.

Body shaming & cyberbully oleh para cikgu?

May be an image of one or more people and text that says 'Venoth Nallisamy shared a link. 18 Mohd Azihan Ab Rahman solehah sungguh. mesti ramai yg duk usik dia ni. tolong sat Ahmad Ikram Faizal Othman Ahmad Muhsin 17 17h Like Reply Abdullah Muhammad Ooo ini ke budaknya..femes kau jah 17 Like Reply Mohd Khairul Hakimin Ismail Sendiri pakai baju tak betul..... 17 Like Reply Nazmi Ishak ..aurat itu maruah... 17h Like Reply 16 Srikandi Kibot Moderator Rosak badan 18 h Like Reply 2 Srikandi Kibot Moderator Masalahnya dia yang cetuskan Rasa, orang lain yang jadi mangsa 17h Like Reply'

 

Dari isu lawak rogol, kemudian ugutan rogol oleh pelajar seterusnya kini body shaming dan cyberbully. Jika inilah mentaliti kebanyakan guru yang ada, memang tak hairanlah anak-anak kita juga makin hancur akhlaknya.

May be an image of one or more people and text

Saya amat kasihan dengan profesi perguruan yang semakin tercemar oleh individu-individu sampah seperti mereka ini. Dah la nak hadap cabaran mengajar yang semakin menggunung. Terpaksa pula keluarkan wang ringgit sendiri demi untuk teruskan usaha mendidik, sekarang tercalit lagi dengan isu jelik macam ni.

May be an image of text that says 'Replies Sarozi Abu Bakar Tingkatan Berapa Budak Nie? dah mcm mak2 org anak 9 jerr 6h Like Reply Mohd Fahmi Sarozi Abu Bakar nakal eh 6h Like Reply Nash Mahmod Allahu. Gaya komen ni, klau tuan badan baca mudah2 kena report sbb body shaming. 5h Like Reply 1 Hasna Hassan Sarozi Abu Bakar Cikgu oh cikgu.....hmmmmmm 5h Like Reply Sarozi Abu Bakar Nash Mahmod anak buah Ayah Rani Kulup ker budak nie kaki report? 4h Like Reply'

Bersabarlah wahai pendidik yang berjasa dan jujur dalam mengajar. Maafkan saya kerana anda juga terpalit najis dari mereka yang hanya berfikir menggunakan zakar ini.

Perkongsian semalam di Twitter Space oleh Akhi Fairuz Al-Jengkawi juga membuatkan saya sangat terkejut bagaimana masalah ini sememangnya sudah terlalu lama dibiarkan dan cuba disorok oleh authority yang terlibat.

May be an image of text that says 'Ridayu Derahim Cara Pemakain dia pon dah menggalakkn org merogol dia....pandai dia ckp noh...lepas noh.. ni..ramai bdk sek X puas hati kt cikgu2..viral...cikgu itu..cikgu ini... 7m Like Reply 1'

Memualkan.
Tak terungkap.

 

Sumber:

COMMENTS