Apa yang kerajaan PN gagal?, tanya pemimpin Pas

Apa yang kerajaan PN gagal?, tanya pemimpin Pas. Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Mohd Fuad Mohd Salleh menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah sebuah kerajaan yang gagal.

Beliau menganggap mereka yang mendakwa kerajaan ini gagal, tidak membuat penilaian dan perbandingan maklumat di antara Malaysia dan beberapa negara jiran termasuk Singapura.

“Saya hendak tanya kepada orang yang kata kerajaan gagal ini, gagal dari segi apa? Dia baca atau tidak maklumat-maklumat yang kita compare.

“Kita, dengan pencapaian antarabangsa dari segi bilangan vaksin permilion penduduk, bilangan positif permilion penduduk.

“Kemudian pakej ransangan yang kita ada, Indonesia tidak ada, Thailand tidak ada, negara sekitar kita tidak ada dan dalam contact Singapura pun sebenarnya kita jauh ke depan dari segi vaksinasi.

“Singapura ini negara yang kecil dan tiada tempat yang tidak boleh capai kepada lori 10 tan berbanding Malaysia.

“Kenapa saya sebut lori 10 tan? Sebab untuk mobile PPV (Pusat Pemberian Vaksin), kita perlukan lori 6 tan. Di Singapura tidak ada tempat yang tak boleh dihubungi,” ujarnya ketika dihubungi HarakahDaily, hari ini.

Tambahnya lagi, pihak yang mendakwa kerajaan gagal mendepani Covid-19 berdasarkan jumlah positif baharu harian keseluruhan perlu melihat kepada tiga negeri yang menyumbang kepada kenaikan kes itu, iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Katanya, majoriti Ahli Parlimen bagi ketiga-tiga buah negeri ini kebanyakannya juga adalah dari ahli politik DAP.

“Pada orang yang kata gagal sekarang ini dia melihat kepada angka positif Covid-19, dia kena tengok di tiga negeri utama.

“Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur. Majoriti Ahli Parlimen dia DAP. Kalau ambil tiga negeri ini, 11,000 ribu semalam, 70 peratus disumbangkan oleh tiga negeri ini.

“Kalau tolak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pun, Selangor, Penang dan Negeri Sembilan menyumbangkan lebih 57 peratus kes baharu,” ujarnya.

Selain itu, kata Mohd Fuad, Malaysia juga menyediakan bantuan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk termasuk bakul makanan, moratorium dan sebagainya, tidak seperti negara jiran lain.

Contohnya seperti Program Bakul Makanan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang memperuntukkan RM300,000 kepada setiap Ahli Parlimen.

“(Setakat ini), saya tidak dengar Parlimen Shah Alam lagi dan ramai mengeluh, mana kawasan Parlimen yang sudah diberi bantuan.

“Yang kita tahu kawasan yang PAS punya sudah lama beri bantuan, sebelum ada peruntukan RM300,000 kita sudah buat.

“Rakyat memang susah. Kita tahu, tetapi bagaimana menghadapi kesusahan, ini yang kita perlu bagitahu kepada rakyat.

“Pertamanya, kekal dalam rumah. Ini tidak, orang yang sudah dapat satu jab (suntikan) pun, sibuk hendak keluar rumah.

“Sedangkan dia tahu, dengan satu jab itu belum lagi menjadi pelindung kepada diri kita, yang sibuk keluar rumah itu untuk apa?

“Ini antara perkara-perkara yang kita perlu ketengahkan supaya masyarakat faham. Bahawa yang sibuk hendak sebut kerajaan gagal ini adalah orang yang tiada otak.

“Kalau Perdana Menteri tiada sekarang ini, hendak pilih Perdana Menteri bukan senang, sekurang-kurangnya ambil masa dua atau tiga hari Agong hendak fikir, hendak lantik.

“Itu pun kalau dua atau tiga hari tiada nakhoda dalam negara, sudah menyusahkan.

“Jadi sebenarnya itu agenda pembangkang sahaja yang semakin takut,” ujarnya ketika diminta mengulas berhubung naratif Kerajaan Gagal yang dibawa oleh segelintir pihak.

Pagi tadi, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilapor menyerahkan kepada pihak Istana Negara bagi mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri kabinetnya mengundur secara terhormat sebelum 16 Julai kerana dilihat gagal mengawal pandemik ekoran kenaikan kes positif Covid-19 di Malaysia

Berita penuh : https://harakahdaily.net/index.php/2021/07/14/dakwaan-kerajaan-gagal-tidak-benar/

BACA JUGA : Kerajaan gagal? Hadi anggap yang menuduh itu ‘makhluk asing’