“Apa top student dah capai?” Pelajar kelas belakang sindir sambil tayang Mercedes

Oleh NADIA HARON

Baru-baru ini, trend mempamer kemewahan di aplikasi TikTok oleh anak muda telah kembali muncul

Di mana mereka membandingkan kejayaan mereka dengan murid cemerlang semasa persekolahan dahulu.

Antara tujuan utama mempamer kemewahan ini adalah untuk membuktikan bahawa “budak kelas belakang” lebih berjaya daripada budak kelas hadapan yang cemerlang.

Walau bagaimanapun, kandungan seperti ini dipandang sebagai sesuatu yang membimbangkan

kerana ia seolah-olah mengabaikan kepentingan mendapatkan pendidikan yang baik di peringkat yang lebih tinggi.

"Apa top student dah capai?" Pelajar kelas belakang sindir sambil tayang Mercedes

Isu ini telah menjadi perbincangan hangat pada tahun-tahun sebelumnya, dan kini ia kembali dibincangkan di media sosial terutama di Twitter, di mana ia menjadi medan terbuka bagi anak muda untuk menyuarakan pendapat dan kritikan.

“Kini, trend anak muda yang dulu budak kelas belakang mengemukakan gambar dengan kereta-kereta mewah dan kekayaan mereka hari ini sambil menyindir pelajar terbaik.”

“Ada satu perkara yang mereka tidak faham, iaitu ‘ketahanan’. Dalam tempoh 2 hingga 3 tahun, mungkin anda boleh menjadi kaya, tetapi tidak pasti untuk 20 hingga 30 tahun akan datang,” kata individu yang dikenali sebagai @ZacZakirin.

Zac menyatakan bahawa jika seseorang itu kaya tetapi masih sombong dengan perbuatan “flexing” dan merendahkan gaya hidup orang lain, maka individu tersebut masih belum mencapai taraf kehidupan yang sebenar walaupun mempunyai kekayaan.

Pada masa yang sama, seorang individu yang dikenali sebagai @InjangNation juga menasihati agar anak muda tidak terpengaruh dengan trend mempamer kemewahan yang kembali popular.

“Kepada mereka yang cemerlang semasa di sekolah, jangan terganggu dengan pos-pos seperti ini.”

“Ingatlah, benih yang baik, jika dilemparkan ke darat akan menjadi gunung, jika dilemparkan ke laut akan menjadi pulau. Ilmu sentiasa lebih penting dalam kehidupan,” katanya.

Melihat kepada reaksi rata-rata pengguna media sosial, mereka bersetuju bahawa ilmu dan pendidikan lebih berharga daripada kekayaan yang hanya sementara.

Mereka berpendapat bahawa walaupun kebanyakan graduan mula dengan gaji permulaan yang rendah, mereka masih mampu membangunkan kerjaya dan meningkatkan pendapatan sepanjang masa.

“Ilmu tetap membezakan diri dan personaliti. Adalah sedih apabila kekayaan dijadikan penanda kejayaan,” kata seorang netizen di Twitter.

BACA: “Sebenarnya ayah dah ada dua isteri, kahwin senyap-senyap, walaupun ayah tinggalkan kami, ibu tak pernah mengeluh besarkan kami”