“Apa teruk sangat ke aku sebagai ibu dia, aku tak halal setitik susu yang mengalir dalam darah dia!”

Assalamualaikum., terima kasih admin ada ruang ni untuk saya kongsikan sedikit luahan. Mohon hide siapa saya.

Saya tak pasti anak saya akan baca atau tak. Sedikit sebanyak tentang saya dan anak – anak.

Saya merupakan ibu tunggal dan mempunyai 3 orang anak. Kini berusia 41 tahun dan pernah berkahwin di usia yang muda dalam lingkungan 18 tahun.

"Apa teruk sangat ke aku sebagai ibu dia, aku tak halal setitik susu yang mengalir dalam darah dia!"

Tapi perkahwinan pertama saya gagal dan mempunyai 2 orang anak dari hasil perkahwinan pertama.

Alasan kegagalan kerana bekas suami curang 5 tahun dalam 10 tahun usia perkahwinan kami. Macam mana dia curang mungkin tak perlu saya ungkapkan kerana saya dah lama redha dengan penceraian itu. Bekas suami saya nikah selepas 7 bulan penceraian kami.

Baca Artikel Penuh