“Apa sudah jadi dengan Buy Muslim First??” soal Mujahid kepada Muhyiddin

Mujahid Yusof Rawa (PH-Parit Buntar) hari ini mempersoalkan halatuju kempen ‘Buy Muslim First’ yang menurut beliau sebelum ini pernah dijuarai oleh PAS dan UMNO sebelum menjadi kerajaan.

Katanya lagi, kempen itu seharusnya memberi fokus kepada ‘Buy Malaysian First’ dan ‘Buy Halal First’ supaya usahawan bumiputera dan bukan bumiputera boleh bersaing untuk memacu ekonomi.

Menjawab soalan itu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan telah melancarkan kempen ‘Buy Malaysian’ beberapa minggu lepas dalam usaha merangsang pembelian produk hasil keluaran rakyat Malaysia.

Berita penuh : https://www.kinitv.com/video/564bd4a9-8f67-4f04-9613-934d1c87decb