Penyanyi Shila Amzah meluahkan rasa marah terhadap segelintir netizen yang menuduh suaminya, Ubai MZ, sebagai seorang kaki pukul.
Sebelum ini, Shila telah berkongsi mengenai isu keganasan rumah tangga
Dan meluahkan rasa simpati terhadap nasib bekas model, Zahnita, yang mengalaminya.
Shila menegaskan bahawa perkongsiannya itu tidak ada kaitan dengan suaminya, Ubai.
“Kaki pukul tu BUKAN Ubai ya. Apa punya benaklah orang yang menulis fitnah macam ni.
Saya simpati dengan apa yang menimpa Zahnita. Hanya mereka yang pernah melalui pengalaman itu yang tahu betapa peritnya.
Tidak, saya tidak berkahwin dengan lelaki seperti itu. Jadi sekarang ni, saya mahu tutup kes saya,” tegas Shila.
Shila juga turut mendoakan agar wanita di luar sana yang menghadapi masalah yang sama diberi kekuatan untuk keluar daripada cengkaman pemangsa mereka.
“Mari kita doakan sesiapa yang masih terperangkap dalam masalah keganasan rumah tangga atau apa jua hubungan yang toksik diberikan kekuatan mental dan fizikal untuk segera lari dari pemangsa mereka.
Kepada rakan-rakan dan keluarga, jika tiba-tiba kawan atau anak kita hilang, atau tidak ada hubungan langsung, itu antara tanda-tandanya. Jangan biarkan mereka sendirian,” tambahnya.
BACA: Kepenatan urus misi banjir, Khairul Aming tiba-tiba rebah