Apa masalah kau ni Adly Zahari ?

Rakyat ada masalah nak jumpa wakil rakyat dan jabatan secara direct, kau buat Hari Bertemu Rakyat supaya senang urusan kami.

Makcik pakcik kat kampung tak ada rumah, penyakit banyak, nak kerja tak larat, kau bagi Rumah Peduli. Udah le free, tahan pulak tue.

Kami dah le susah dan penyakit tiga serangkai ni tak payah nak ceritalah, kau boleh pulak senang-senang bagi bantuan JKM, MAIM dan apa semua, tanpa pergi menyembah kaki orang-orang kuat kampung macam JKKKKKK dulu.

Anak-anak kami pulak habis belajar dah le susah nak dapat kerja. Kau panggil pula agensi dan jabatan termasuk syarikat swasta buka tawaran kerja seluas-luasnya. Lepastu kalau selak suratkhabar MelakaKini, 4-5 page pasal kerja kosong berlambak-lambak.

Tak habis-habis kau nie..

Anak kami dah kerja, dah satu hal selesai. Nak beli rumah satu hal lain pula. Lepastu kau pula umum RUMAH HARAPAN, RUMAH BELIA, RUMAH BERKAT dan segala rumah yang ada kau nak umum. Dah kami pening nak suruh pilih yang mana satu..haishhhh..

Jiran aku nie mak ayah die dah uzur. Kesian aku tengok. Sekali aku nampak dia bawa lampin dewasa masuk rumah berbungkus-bungkus. Terus die cakap “Kerajaan Melaka bagi bantuan. Senang sikit. Lampin nie dah le mahal”. Dengar citer kau pulak nak bagi bantuan susu formula.

Kau dah kenapa? Tak boleh ke jadi macam Ketua Menteri sebelum nie?

Ada member2 aku kerja kat GLC-GLC Melaka nie. Dorang pun pelik kalau meeting dgn CM termasuk team-team kau. Muka senyum selalu lepas tu susah nak marah. Member aku cerita, kalau dulu jangankan senyum, fail tebal tue ko wajib kena hempuk ke muka. Kalau maki n carut tue dah jadi rukun le.

Itu belum cerita jadi hamba kena angkat beg semata-mata CEO-YB nak pergi shopping sakan.

Kau dah kenapa nie Adly? Buat kerja elok-elok sikit boleh tak? Aku sambil menulis ni pun dah sebak dengar ko tak jadi CM lagi. Kau ni banyak buat masalah kat kami, sebab kami semua dah sayang kat as Ketua Menteri kami.

Ombak ada pasang surut,
Sambil ditemani sang mentari
Keputusanmu kami turut,
Adly Zahari tetap di hati.

COMMENTS

Wordpress (0)