Apa kejayaan RM600 bilion yang diumum PM untuk lawan Covid-19?, soal Puad

APA KEJAYAAN RM 600 BILION UNTUK PERANGI COVID-19?

PM 8 kata, RM 600 Bilion telah digunakan untuk memerangi Covid-19.

Menurut PM 8..””Sudah banyak kita belanja wang tahun ni, tahun lepas. Apa sebab? Covid-19. RM340 B untuk pakej rangsangan, RM322 B untuk belanjawan”.

Baca https://m.malaysiakini.com/news/570438

Tun M pula kata, PM 8 gagal walaupun belanja RM 600 Bilion.

Baca https:http://www.utusan.com.my/…/dana-rm600-bilion-pun-masih-tak

Sebenarnya daripada RM 600 B itu, setelah tolak pakej ransangan, maka berapa jumlah sebenar yang digunakan untuk memerangi pandemik. Kenapa pula ambil duit KWAN?

Itu sebab kenapa Parlimen mesti bersidang. Rakyat mahu tahu keupayaan kerajaan memerangi COVID-19 setelah berbelanja begitu besar.

Tetapi tiada ketelusan dan akauntabiliti.
Sumber:

Artikel ini disiarkan pada 24/05/2021

COMMENTS

Wordpress (0)