Apa hala tuju sebenar kerajaan baharu?

Apa hala tuju sebenar kerajaan baharu?

Kerajaan yang berkesan adalah kerajaan yang mampu melaksanakan janji dan memenuhi kehendak rakyat.

Namun begitu, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof Dr Ahmad Mujahid Ahmad Zahid berpendapat, penilaian keberkesanan hanya boleh dilakukan jika kerajaan mempunyai hala tuju yang jelas.

“Sesiapapun yang dipilih mengisi jawatan Kabinet, kena ada hala tuju dan sasaran. Tanpa hala tuju, kerajaan seolah-olah bergerak tanpa matlamat, jadi sudah tentu rakyat tidak boleh membuat penilaian.

apa

“Mereka juga perlu mempunyai integriti yang tinggi, amanah dan bertanggungjawab. Sama juga, jika tiada hala tuju, semua perkara ini tidak boleh dinilai.

“Saya percaya semua pemimpin yang bakal dilantik mempunyai pengalaman, tetapi perlu diingatkan, menjadi pemimpin dalam era pandemik ini berbeza dan lebih mencabar,” katanya kepada Astro AWANI.

Pentadbiran juga dilihat akan mampu berjalan dengan lebih teratur dengan pelantikan individu yang mempunyai pengalaman profesional dalam bidang tersebut.

“Adalah lebih baik jika perdana menteri betul-betul mengenali orang yang dilantik, tahu pengalaman, kemampuan dan latar belakangnya. Dengan cara ini mereka lebih tersusun dalam melaksanakan semua perancangan.

“Tetapi perlu diingatkan setiap perancangan atau dasar memerlukan integriti bagi membolehkan ia dilaksanakan dengan baik. Jadi di sinilah pentingnya politikal will kerana ia akan membantu memudahkan setiap perancangan direalisasikan.

“Majlis Pemulihan Negara (MPN) contohnya, akan dapat berfungsi dengan baik jika semua 222 ahli Parlimen berganding bahu, bekerjasama sebagai pemimpin yang mengetuai 32 juta rakyat Malaysia,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, beliau juga berharap semua pemimpin yang bakal dilantik lebih terbuka dan tidak takut berdepan dengan rakyat.

“Ini zaman digital, rakyat mempunyai kebebasan untuk meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial. Mereka ada platform yang besar untuk bersuara.

“Jadi pemimpin tak boleh takut. Jangan berselindung di sebalik jawatan, tetapi kena berani berhadapan dengan rakyat.

“Guna peluang ini, ambil pandangan rakyat untuk tambah baik aspek pentadbiran,” katanya lagi.

Pembentukan Kabinet baharu menjadi perbincangan hangat sejak pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri, selain usul undi percaya di Dewan Rakyat bagi mengesahkan keabsahan beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Berita penuh : Panas !!! Sidang parlimen diteruskan 6 September, undi percaya PM jadi tumpuan

Artikel ini disiarkan pada 24/08/2021

COMMENTS

Wordpress (0)