Dasuki Ahzab cukup terkenal dengan perangai yang suka mendoakan kemushahan orang lain. Sebelum PRU lepas dia membuat fitnah yang seksyen 18 ada banyak rumah urut, lepas tu doa kemusnahan pakatan Ahzab ( PH). Dia juga menuduh Dr Rora sebagai batu api dan juga turut berdoa yang Allah musnahkan Dr Rora sebab jadi pelaga ummah sambil mendakwa doa dia mustajab.
Hari ni Dasuki Ahzab kalah saman ( yang dia mula2 cuba tangguh). Kalau betul doa Dasuki mustajab, dia patut doa pada Allah untuk kemenangan diri sendiri dan bukan kemusnahan orang lain. Kalau doa Dasuki mustajab juga, kenapa dia tak menang bertanding Dun di Selangor? Kenapa Allah tolak doa Dasuki walhal Dasuki sendiri self claim ulamak?
Ini lah jadi nya bila menjual agama. Dari berbohong dalam masjid kata banjir besar di kelantan tiada yang maut, buat cerita ATGNA boleh bangun tahajjud waktu nazak dan tak habis-habis menipu buat cerita pasal jin.
Ini juga bukan kali pertama ulama dan pimpinan PAS kalah saman. Dasuki Ahzab adalah mangsa terkini selepas Razman, Wan Zawawi dan ramai lagi. Persoalannya kalau dalam PAS bersepah teknokrat, takkan tak ada satu lawyer pun yang boleh bagi kemenangan? Macam pasukan bola kalau asyik kalah mesti salah pengurus dan jurulatih kan?
Patut nya Dasuki Ahzab lantik Wan Rohimi jadi wakil peguam. Kalau agak-agak nak kalah, Wan Rohimi boleh tarik balik saman dan cuba selesai luar mahkamah. Ala macam saman Sarawak Report la, menang interloktuari dan siap pasang banner pramatang sambut kemenangan. Tapi lepas tu Wan Rohimi kata tarik balik saman adalah perkara yang bijak umpama tukar gelanggang. Kalau tukar gelanggang badminton pun kena bayar, ingat tukar gelanggang mahkamah percuma ker? Dah la kos tarik balik saman 1.4 juta tu di ambil dari poket walaun, habis pewala kena tipu bulat2.
Tapi apa guna ternak walaun kalau tak perah, kan? Ini lah masanya nak suruh mereka buktikan kesetiaan mereka pada perjuangan Isle. Kalau Rora saman balik Dasuki, duit nak bayar saman tu tadah balik pada walaun. Suruh Idris merayu lagi dalam facebook, Tolong sangat-sangat, kita perlukan duit nak lawan Rora yang wahabi, mesti ramai yang infak.
Cuma anak nak tanya, kalau la Dasuki Ahzab doa kan untuk diri sendiri pun tak makbul, macam mana orang ramai nak percaya Madu Ruqyah yang Dasuki jual tu mustajab?
Komentar Mohd Mukhlis Mohd Sharif.