Bila mendapat hantaran video TikTok yang menampilkan Menteri Pengajian Tinggi YB Dato’ Dr Noraini Ahmad bersama-sama dua orang influencer iaitu Noreen dan Iskandar Rahman saya ingatkan ianya ‘troll’.
Tak disangka video itu tulin dan dimuatnaik dalam akaun tweeternya untuk mempromosikan pertandingan TikTok yang dianjurkannya.
Apa nak jadi dengan Kerajaan Perikatan Nasional ni. Lepas satu-satu Menteri yang mereka ada menunjukkan prestasi kerja yang begitu mengecewakan.
Bermula dengan Menteri Kesihatan Air Suam, Menteri Wanita yang menjadi lelucon sehingga peringkat antarabangsa dengan kartun Doraemon, Menteri yang meyembur jalan dalam usaha menangani Covid dan terkini Menteri Pengajian Tinggi yang meletakkan dirinya di peringkat permainan TikTok.
Pejabat Menteri Wilayah telah pun memberikan pandangan mereka tentang permainan TikTok ini (https://www.muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4380-irsyad-al-fatwa-siri-ke-472-hukum-bermain-tiktok)
Rakyat yang celik mata dan hati boleh membandingkan sendiri standard dan mutu pemikiran Menteri Pendidikan terdahulu berbanding yang kita ada sekarang.
Ketika rakyat Malaysia bergelut dengan pelbagai masalah kesihatan , ekonomi dan sosial hanya solusi hiburan sahajakah yang difikirkan oleh Menteri Pengajian Tinggi.
Pelqjar-pelajar IPTA dan IPTS sekarang ini berhadapan dengan cabaran kelangsungan pembelajaran mereka yang sedia terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan untuk menangani pandemik Covid-19.
Dr Noraini Ahmad sepatutnya memainkan peranannya sebagai seorang Menteri Pengajian Tinggi dengan membantu pelajar-pelajar dalam memperkasa pembelajaran atas talian yang sememangnya menjadi keperluan masa kini. Bagi pelajar di bandar mungkin tiada masalah , bagaimana akses kepada pembelajaran atas talian bagi pelajar yang datang dari luar bandar.
Angkatan Wanita Amanah (Awan) Negeri Kelantan merasakan bukan taraf Menteri untuk berkelakuan demikian walaupun atas alasan untuk menarik perhatian golongan muda. Generasi muda kita perlukan sosok kepimpinan yang berwawasan , boleh dijadikan teladan dan dapat memberikan. solusi praktikal dalam kehidupan.
Dr Hafidzah Mustakim
Ketua Awan Negeri Kelantan