Apa dah jadi dengan Melaka? Hujung minggu pun lengang…

Apa dah jadi dengan Melaka? Hujung minggu pun lengang… waktu solat melaka melaka hotel hotel melaka swiss garden melaka tempat menarik di melaka zoo melaka gula melaka hatten hotel melaka homestay melaka

 

Beberapa kawasan tumpuan pelancongan di Melaka kelihatan lengang sejak pagi tadi, meskipun pada cuti hujung minggu.

Tinjauan Melaka Hari Ini seawal jam 10 pagi di beberapa lokasi utama ternyata jelas menunjukkan kawasan pelancongan tampak sepi tanpa kehadiran pelancong dari luar Melaka.

Apa dah jadi dengan Melaka? Hujung minggu pun lengang...

Malah, hampir dua jam berada di jalan utama yang sebelum ini menghadapi kesesakan setiap kali tiba hujung minggu turut memperlihatkan situasi lengang dan lancar sepanjang perjalanan.

Sekitar jam 1.30 tengah hari, barulah kelihatan pengunjung mula datang ke lokasi tumpuan sekitar Bangunan Merah.

Namun, tidak keterlaluan untuk mengatakan jumlahnya masih boleh dikira dengan jari.

Situasi pelancong berkurang itu turut diakui seorang penarik beca, Mohd Sharif Mohd, 55.

Beliau berkata, situasi lengang itu sudah mula berlaku sejak dua minggu lalu.

Apa dah jadi dengan Melaka? Hujung minggu pun lengang... waktu solat melaka melaka hotel hotel melaka swiss garden melaka tempat menarik di melaka zoo melaka gula melaka hatten hotel melaka homestay melaka

Ujarnya, ia mungkin disebabkan peningkatan kes jangkitan COVID-19, yang sedang melanda negara kini.

“Pendapatan kami sebagai penarik beca memang turun 80 peratus, dah dua minggu dah macam ini, saya memang risau bagaimana nak hidup.

“Sejak 10.30 pagi tadi hanya satu trip saja yang saya dapat. Pelanggan memang susah nak dapat sekarang.

“Semalam pun macam ini jugak, tapi lewat petang barulah datang tapi itu pun tak sesak seperti dulu,” katanya.

Bagaimanapun, dia berharap menjelang minggu depan iaitu penghujung bulan, Melaka akan kembali meriah dengan kehadiran pelancong.

“Apapun saya tetap berikhtiar demi mencari rezeki buat keluarga,” katanya.

Tonton Juga :

Berita Lain:

3 bulan gaji pemain tak dibayar, sekali TMJ hantar whatsapp kepada Presiden Melaka United

Status Adun PN di Melaka belum terjawab, kerajaan atau pembangkang

Berbekal duit RM50 dalam poket, lelaki ini angkut bot dengan Viva dari Melaka selamat mangsa banjir

CATEGORIES