PKPD

Apa beza SOP PKPD di Selangor, KL? Ini penjelasan Polis

Apa beza SOP PKPD di Selangor, KL? Ini penjelasan Polis.Prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Lumpur dan Selangor yang mula dilaksanakan hari ini adalah berbeza.

Justeru, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim meminta orang ramai supaya tidak keliru dengan pelaksanaan SOP di kedua-dua kawasan terbabit.

PKPD

Jelasnya, berbeza dengan PKPD di Selangor yang pelaksanaannya berdasarkan mukim atau daerah, PKPD di Kuala Lumpur pula bertumpu kepada lokaliti secara bersasar.

“Kita kena faham, kita di Kuala Lumpur bersandarkan lokaliti bukan seperti di Selangor mengikut daerah atau mukim, jadi kawasannya besar.

“Maka tindakan pematuhan dan operasi PKPD adalah berbeza,” katanya pada sidang media selepas melakukan pemantauan di PKPD di Bukit Angkasa di sini, yang mempunyai lebih 13,000 penduduk, hari ini.

Azmi menegaskan hanya individu daripada empat kategori iaitu kesihatan, kebajikan, keselamatan dan tujuan kecemasan sahaja yang dibenarkan melakukan pergerakan keluar dan masuk di kawasan PKPD.

“Kita dapat SOP khusus di Kuala Lumpur daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN). Saya akui ramai lagi keliru dengan perbezaan SOP yang dikeluarkan MKN ini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, mengenai vaksinasi membabitkan penduduk di kawasan PKPD, beliau memberitahu, pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan sama ada perlu membawa trak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak ke kawasan tersebut atau melakukan penjadualan semula.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ada-perbezaan-sop-pkpd-di-selangor-dan-kuala-lumpur-polis-306469

Jika Anda Terlepas: Turun bendera putih kerana takut kena ‘kompaun’

CATEGORIES