Apa Annuar Musa hendak dengan dedah suara Tajuddin?

Apa Annuar Musa hendak dengan dedah suara Tajuddin?.Tentu orang Umno yang ikhlas, sedih dan kecewa dengan pendedahan mesyuarat MKT Umno yang berlangsung 7 Julai lalu.

Integriti dalam Umno sudah tidak ada lagi. Nol, apabila sebahagian ucapan Tajuddin Rahman didedahkan oleh orang Umno sendiri.

Salah seorang yang ikut mendedahknya ialah Ketua Umno Bahagian Ketereh Annuar Musa dalam Facebooknya.

Apa yang Tajuddin cakapkan dalam mesyuarat itu sesuatu yang dirasakan tulus dan ikhlas dari pandangannya. Dia mempertahan apa yang telah disepakati seperti mana difahami.

Sejuta kali benar pun apa yang ditegaskan oleh Tajuddin tetapi ia telah disepakati secara majoriti oleh MKT 40 : 50. Suka atau tidak Tajuddin kena menerimanya. Kerana itulah cara berorganisasi.

Annuar Musa

Tetapi nampak dia berkeras dan ada merit untuk menyokong Mahiaddin Md. Yassin, kenapa, mengharap syufaat jugakah?

Yang pelik dan bingungnya kenapa kritilan Tajuddin yang dilihat kontas dengan majoriti MKT itu didedahkan. Apa motifnya?

Persoalannya apabila Annuar Musa yang dianggap sebagai bijak pandai, cerdik tikus dalam Umno pun berbuat demikian juga. Ini memusykil kerana sepatut orang bijak dan cerik menasihati orang bodoh.

Apakah dia hendak damage Tajuddin dalam Umno kemudian berharap Tajuddin juga akan disingkirkan dari Umno seperti mana dia harapkan untuknya?

Annuar Musa boleh dedahkan apa² yang berlaku dalam Umno atau mengkritik atas dasar kebebasan bersuara, tetapi sebaik baiknya ambillah tanggung-jawab berani dulu KELUAR dari Umno dahulu. Lepas itu hendak lutu Umno silakan. Jangan terus jadi duri dalam daging. Melempar sampah dalam rumah keluar jendela, huduh sangat perangainya.

Kita percaya Umno sudah tidak ada hati lagi dengan Annuar. Itulah sedang dibina Annuar dengan harapan dia dipecat. Annuar mahu berniaga dengan modal pemecatan. Dia juga faham kedudukan masa depannya di Ketereh. Itu yang menjadi hantu kepadanya.

Kalau Umno merasakan gelagat Nuar Musa membingitkan telinganya, elok pecat sahaja. Jika pemecatan itu dijadikan modal olehnya, ia tidak sehebat Anwar Ibrahim mengeksploitasikan pemecatannya dulu.

Taraf Annuar Musa lebih kurang Brahim Ali sahaja. Umno tidak perlu gentar dengan Annuar. Seekor gajah boleh dikalahkan dengan sekawan Tabuan.

Sumber:

Jika Terlepas: Panas !!! Exco kerajaan negeri Kelantan bakal dipanggil SPRM