Anwar, teruskan langkahmu berjuang untuk rakyat

Kerana dia pejuang yang berjuang sejak zaman bujang. Bersuara utk rakyat bawahan yg tak cukup makan… walaupun tanpa jubah dan serban.

Kerana dia cuba merubah keadaan. Masuk dalam kerajaan, menjiwai pelbagai medan perjuangan, menggunakan peluang dan kuasa agar rakyat lebih terbela, menikmati keadilan.

Kerana dia pemimpin Melayu yang tidak menipu bangsa Melayu. Beliau berjuang utk semua rakyat miskin semua kaum dan bangsa. Kesederhanaan diri dan keluarganya disaksikan semua, termasuk mantan duta2 asing dari pelbagai benua.

Kerana dia tidak mesra dan tidak membela kapitalis dan sang penguasa berharta. Kapitalis pembolot harta negara melalui politik, GLC dan korporat sudah tentu tidak percaya lelaki itu menyebelahi mereka.

Kerana dia telah membuktikan keupayaan menguruskan negara lebih baik dengan pengiktirafan antarabangsa.

Kerana dia mempunyai jalinan dan jaringan antarabangsa serta sangat rapat dengan tokoh2 politik dan ekonomi barat serta pemuka gerakan Islam dan ulama sedunia.

Maka musuhnya ramai… politikus penipu bangsa, kapitalis pelahap harta, ulama agamawan pencari nama dan entah siapa lagi yang cemburukannya.

Maka peribadinya diserang selama beberapa dasawarsa… kononnya penyalahguna kuasa, peliwat, rakus, liberal, pluralis, agen asing, bahkan difitnah oleh agamawan duta bertaraf menteri sebagai suka budak lelaki muda, suka kacau isteri orang dan disokong gerakan Freemason.

Teruskan langkahmu Anwar, jalanmu terang bercahaya persis namamu dieja.

Demi Allah, aku dan semua rakyat Malaysia yang jujur belum menemui seorang politikus pejuang yang menolak kemewahan dan hidup senang di perantauan serta sanggup menempuh ranjau duri keringat kepayahan keaiban pemenjaraan demi pertiwi dan nusa tercinta.

Semoga Allah s.w.t. memeliharamu untuk rakyat Malaysia. Ameen.

Sumber: