Anwar tawar politik babak baru demi kestabilan negara

ANWAR TAWARKAN POLITIK BABAK BARU

REAKSI dan ulasan Anwar Ibrahim mengenai penolakan parti-parti pembangkang terhadap tawaran dan pelan kerjasama biapartisan dibuat Mahiaddin Md Yassin khas untuk dirinya selaku ketua pembangkang adalah munasabah dan tebat.

Beliau persoal kenapa disaat-saat akhir baharu tawaran itu dibuat?

Bagaimana pun tegasnya, penolakan itu berasaskan kepada peruntukan Perlembagaan Perkara 43(4), dimana Mahiaddin yang sudah mengaku hilang majoriti hanya mempunyai dua pilihan saja, pertama, menghadap Yang di-Pertuan Agong memohon pembubaran parlimen dan kedua meletak jawatan.

“Apabila sudah hilang sokongan Mahiaddin perlu meletak jawatan,” katanya sambil menyakini kalau permohonan parlimen dibubarkan ia tidak akan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong memandangkan keadaan Covid masih merebak.

Berbicara dalam kenyataan ringkas semalam, Anwar juga menzahirkan rasa terkejut dengan tawaran kepada ketua pembangkang itu yang mana tawaran itu bukan tidak pernah diminta, bahkan tidak pun memikirkannya.

Beliau juga menyifatkan tawaran itu sebagai satu penghinaan, licit dan tidak sensitif kepada masalah rakyat yang sedang kemelut dengan kehidupan kini. Kerana itu ia terkaget.

“Rakyat susah untuk mendapatkan RM50 atau RM100 sebulan untuk survive mereka, kita pula menawarkan RM40,000 RM50,000 kerana hendak menjaga kedudukan,” ujarnya kesal.

Anwar yang mengakui Mahiaddin sebagai sahabatnya meminta supaya mengikut jalur munasabah, menghormati prinsip kehuluran perlembagaan, apabila sudah hilang sokongan, supaya letak jawatan secara terhormat.

Sesudah berakhirnya perkhidmatan Mahiaddin nanti, beliau melontarkan dan menyeru semua pihak supaya sama-sama bangkit dan bergerak membina babak baru politik negara.

Langkah baru yang penting dalam politik babak baru ini ialah membuang politik dendam kesumat, membalas dendam. Apa dimengertikan politik balas dendam, bila sesiapa berkuasa akan bertindak membalas dendam penjara orang yang tidak sebulu atau cuba melawannya.

Politik babak baru juga, membuang politik mengheret kepetingan diri menggumpul kekayaan dengan rasuah, projek, dan sebagainya untuk diri, anak menantu dan keluarga bila berkuasa tanpa mengira sama ada waktu ekonomi baik atau merudum.

“Kegelojohan punggah harta haram, rasuah, kontrak itu mesti dihentikan,” tegasnya.

Beliau juga menyeru agar jangan menilai politik ini dari segi berapa upah dan sogokan untuk menentukan sokongan.

Politik babak baru nanti katanya, politik bermaruah, berprinsip, menjaga keluhuran perlembagaan, politik yang ada hukum ada peraturan yang membezakan dengan hukum rimba, yang mana siapa kuat, siapa jagoh akan menekan dan memaksa orang lain untuk kepentingan mereka. Trims.

Sumber :

Baca Juga : Gempar !!! Menteri Bersatu sahkan Muhyiddin hantar surat letak jawatan