Anwar sedia lepas jawatan untuk muka baru terajui parti

Prof Agus

Anwar sedia lepas jawatan untuk muka baru terajui parti. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia melepaskan jawatannya sekiranya ada lantikan baharu untuk menerajui parti itu.

Katanya, beliau bersedia memberi laluan kepada muka baharu jika dipersetujui oleh ahli parti.

Menurut laporan Kosmo online Beliau berkata “Kita bagi ruang dan saya sendiri bagi ruang kalau konsensus (kesepakatan) parti nak terima pemimpin baharu.

Anwar sedia lepas jawatan untuk muka baru terajui parti

“Kita harus terbuka, jangan terlalu mengongkong akan kebangkitan tokoh baharu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pulau Pinang di Kepala Batas di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika disoal berhubung kesediannya mengundur diri sekiranya ada pemimpin baharu dipilih untuk mengambil alih tampuk kepemimpinan parti.

BACA: Tanpa arahan NADMA, tentera nekad turun bantu mangsa banjir, ini penjelasan panglima tentera
Tular Pemuda Amanah mahu beli waterjet harga RM1 ribu, ini yang perlu diketahui

Artikel ini disiarkan pada 23/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)