Anwar PM, Mahathir menteri mentor cadangan terbaik – AMK Malaysia

Mandat Rakyat bukan hanya sekadar kembali berkuasa, ia perlu berasaskan agenda Reformasi bagi melaksanakan Janji kita kepada Rakyat

Seringkali DS Anwar Ibrahim dituduh sebagai kuda tunggangan DAP dan ejen asing. Golongan “Gila Kuasa” dan Penunggang Agama barangkali melemparkan tuduhan tidak berasas sebegini terhadap beliau kerana sikap beliau yang terlalu sabar (tahap dewa) dan kompromi dengan rakan-rakan demi menjaga silaturrahim.

Ia adalah antara nilai murni DS Anwar Ibrahim yang mengutamakan semangat setiakawan hampir 20 tahun.

Namun, beliau tidak pernah sesama sekali pun kompromi dalam isu prinsip dan perjuangan berlandaskan agenda reformasi.

Keputusan DS Anwar Ibrahim dan Keadilan untuk tidak kompromi mahupun mengorbankan prinsip perjuangan selama ini dalam isu Calon PM baru-baru ini jelas menunjukkan beliau adalah seorang pemimpin yang berpegang kepada Prinsip dan mengutamakan Kebajikan rakyat walaupun berhadapan dengan pelbagai desakan.

Perbedaan pendapat merupakan satu hal yang lumrah dalam mana-mana organisasi mahupun Parti politik.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Maidah ayat 48 menunjukkan dengan jelas bahawa Allah menciptakan manusia dengan berbagai variasi warna kulit, bahasa, tabiat, dan bentuk tubuh. Dengan keragaman inilah justeru terdapat keindahan dan kesempurnaan.

Perbedaan pendapat musyawarah harus diterima dengan hati terbuka, diteliti dan ditangani dengan baik. Dalam hal ini saya percaya DS Anwar Ibrahim bersama Pimpinan Pakatan Harapan (PH) iaitu YB Mohamad Sabu dan YB Lim Guan Eng mampu menyelesaikan perkara ini dengan baik tanpa mengorbankan prinsip perjuangan selama ini.

Mandat rakyat harus dikembalikan dengan segera namun ianya perlu berasaskan prinsip dan janji kita kepada rakyat. Rakyat sedang memerhati kita justeru jangan kita mengulangi kesilapan lama.

Dalam wawancara bersama Channel News Asia (CNA), DS Anwar Ibrahim telah memaklumkan bahawa beliau sudi mempertimbangkan jawatan “Menteri Mentor” ataupun Menteri Kanan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam usaha mengembalikan mandat rakyat.

Bagi saya ini adalah satu penyelesaian terbaik dan Pimpinan PH perlu berunding dengan rakan-rakan yang menyertai PH Plus (PH+) untuk menerima cadangan ini.

Jika betul Tun Dr. Mahathir tidak gila kuasa dan betul-betul ikhlas dalam usaha mengembalikan mandat rakyat demi kepentingan negara dan bukan untuk agenda peribadi, maka beliau boleh mengajak rakan-rakan dan penyokong beliau untuk menyokong Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri secara terbuka.

Ini adalah cara yang paling mudah untuk mengembalikan kegemilangan Malaysia dan menunaikan janji beliau yang tertangguh selama ini. Pimpinan PH juga harus memastikan cadangan ini dapat direalisasikan dengan baik.

Cadangan ini juga lebih realistik dalam usaha mengembalikan mandat rakyat dan Kerajaan PH+ tanpa mengorbankan prinsip perjuangan selama ini.

“Membujur lalu, melintang patah”

THIBAN SUBBRAMANIAM
NAIB KETUA AMK MALAYSIA

Sumber :