Anwar harus tampil sebagai watak pendamai

Ambo rasalah, Anwar kena tonjolkan watak penyatu padu, contohnya sekarang bila Amirudin MB Selangor dituduh sebagai kartel, tak kisahlah betul atau tidak, Anwar selaku Presiden kena turun jemok kira, tanya khabar ramah mesra supaya yang dituduh orang dia tu sekurang-kurangnya dipandang orang sebagai orang kita, lebih baik jika dia kemudiannya betul-betul jadi orang kita,

Dalam PKR banyak watak hebat seperti Rafizi, Izzah dan lain lain, inilah masanya Anwar kena tonjolkan bahawa beliau benar-benar layak dan bersedia untuk menggalas tugas sebagai Perdana Menteri dengan mengoptimakan sumber yang ada untuk kebaikan parti, pakatan, rakyat dan negara,

Belajarlah dari Mahathir dari segi penggunaan sumber secara optima, belajarlah dari Abang Mat dari segi rundingan dan belajarlah dari Guan Eng dari segi pengurusan krisis dalaman,

Ambo sebut ikhlas, takdok sifat-sifat sebagaimana di atas, maka kekallah sebagai calon PM sahaja…

Sumber: