Anwar dilihat mampu penuhi aspirasi Agong

Anwar dilihat mampu penuhi aspirasi Agong.Negara kita telah alami pergolakan politik getir sekian lama yang cukup merugikan negara & melelahkan kehidupan rakyat.

Andai berpanjangan, negara yang dicintai ini akan jatuh ke lembah kemusnahan & kehancuran; bagai padang jarak padang tekukur.

Justeru, demi selamatkan negara, YDPA telah menitahkan agar semua pihak segera bersatupadu bagi melawan Covid-19 dan menempa “politik baru” serta menamatkan budaya “politik lama”.

Jujur diakui, memang ramai tokoh pemimpin yg berketrampilan & berpotensi. Namun, tokoh paling trampil & upaya untuk merealisasi inspirasi YDPA di atas, adalah DS Anwar Ibrahim.

Sejarah membuktikan, beliau seorang pejuang istiqamah pembaharuan politik negara, pemersatu kepelbagaian, pembina budaya muafakat & konsensus merentasi fraksi kepartian & fahamanan idealisme.

Anwar

Hanya dengan perlantikan DS Anwar Ibrahim sebagai PM, kemelut politik dan perlembagaan negara dapat diharmonikan semua sumber negara dapat disepadukan untuk menewaskan cabaran Covid-19 serta melonjakkan kembali ekonomi negara.

Demi selamatkan negara dan kembalikan kesejahteraan semua, saya merayu semua YB menamakan DSAI sebagai PM kpd YDPA hari ini.

Kepada Allah kita berserah. Ribuan terima kasih.

Nukilan Harapan
Rakyat Derita Prihatin Negara

Sumber:

BACA: Panas !!! Ada MP BN tak setuju pencalonan Ismail Sabri sebagai PM

COMMENTS

Wordpress (0)