Annuar : ROS boleh campurtangan jika langgar keputusan PAU

Bekas Setiausaha Agong UMNO, Tan Sri Annuar Musa semalam mengingatkan presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk tidak melanggar usul dan ketetapan yang telah diluluskan semasa Perhimpunan Agong UMNO (PAU) 2021 April lalu.

Dalam hantaran di laman Facebooknya, Annuar menegaskan bahawa dari sudut peraturan, PAU adalah badan pembuat dasar tertinggi parti itu.

“Keputusan dan usul bertulis yang di lulus (di) PAU tak boleh di ubah oleh badan lebih rendah seperti Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

“Dalam ketiadaan PAU, MKT adalah badan tertinggi dan ia boleh membuat apa-apa keputusan selagi tidak bercanggah atau mengubah keputusan PAU,” katanya.

Annuar menjelaskan bahawa MKT boleh membuat keputusan sendiri yang tidak menyentuh keputusan yang terhasil daripada PAU.

annuar

“Jangan dilanggari usul bertulis yang diluluskan tanpa pindaan tempoh hari,” katanya.

Beliau turut mengingatkan Ahmad Zahid untuk tidak menimbulkan kontroversi yang boleh mengheret campur tangan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Jika di buat juga, dia akan menimbulkan kontroversi yang mengundang ROS campur tangan, atau ada pihak yang bawa ke mahkamah untuk mendapat ruling (semakan).

“Itu merbahaya bagi parti,kerana keputusan (tersebut) mungkin tidak memihak kepada kita. Fikir fikirkanlah,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Politik UMNO yang dijalan secara maya pada 21 Jun lalu membayangkan bahawa parti itu akan mengambil tindakan tegas termasuk keluar daripada gabungan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan menuntut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin untuk menyegerakan pembukaan parlimen dalam tempoh 14 hari.

Berita Penuh : https://suara.tv/03/07/2021/annuar-ingatkan-zahid-jangan-langgar-usul-pau2021/

BACA JUGA : Apa beza SOP PKPD di Selangor, KL? Ini penjelasan Polis

CATEGORIES