Anggota polis didakwa buat laporan polis palsu

Polis berpangkat koperal didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membuat laporan polis palsu pada Ogos lalu.

Tertuduh, S P Varathraju Pillai, 39, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas jurubahasa mahkamah membaca pertuduhan di hadapan Majistret Nor Azreen Liana Mohd Darus.

Anggota polis didakwa buat laporan polis palsu

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membuat laporan polis palsu kepada Koperal Aminah Berahim iaitu seorang penjawat awam yang dengan jalan demikian menyebabkan dia menggunakan kuasanya yang sah di sisi undang-undang.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Balai Polis Pusat di sini pada jam 3.30 petang, 27 Ogos lalu.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga sampai RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Haiqal Asyraf Suhaimi manakala tertuduh diwakili peguam Amrick Singh Sandu.

Amrick memohon wang jaminan terhadap tertuduh dikurangkan kepada RM1,000 berikutan tertuduh yang menanggung dua anak berusia 10 dan 13 tahun selain menjaga ibu berusia 61 tahun yang mengalami penyakit diabetes.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh dan menetapkan 11 November depan untuk sebutan semula kes.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/10/763871/polis-didakwa-buat-laporan-palsu

BACA JUGA : Panas !!! Ayob Khan dedah banyak terima ‘surat layang’

COMMENTS

Wordpress (0)