“Anak usia 2 tahun berlari ke tengah untuk hentikan perkelahian kami suami isteri, saya tergamam melihat anak kecil lebih memahami”

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Saya Zairil, berusia 37 tahun, telah berkahwin selama 5 tahun dan di kurniakan seorang anak perempuan berusia 4 tahun.

Saya dan isteri (37 tahun) berasal dari Alor Setar, Kedah dan kami menetap di Skudai, Johor.

Saya bekerja di sektor penerbangan, manakala isteri pula seorang penuntut ijazah (penyelidikan) di sebuah universiti berdekatan.

"Anak usia 2 tahun berlari ke tengah untuk hentikan perkelahian kami suami isteri, saya tergamam melihat anak kecil lebih memahami"

Setelah setahun mendirikan rumah tangga, kami dikurniakan seorang cahaya mata. Saya bersyukur dan sangat sayangkan anak saya.

Titik permasalahan rumah tangga saya bermula semasa isteri saya sedang berpantang. Dengan nada yang serius memberi tahu saya supaya untuk berpuasa (dari nafkah batin) sehingga anak kami berumur 4 tahun.

Baca Artikel Penuh