Anak tak serik pinjam Ah Long untuk judi, keluarga jadi ketakutan

Anak tak serik pinjam Ah Long untuk judi, keluarga jadi ketakutan

Anak tak serik pinjam Ah Long untuk judi, keluarga jadi ketakutan. Kerana judi, seorang lelaki tidak serik untuk meminjam wang daripada ceti haram atau ah long.

Namun, dia bukan sahaja tidak mahu membayar balik pinjaman itu, malah menghilangkan diri dan kini ibu bapa serta adik beradik yang lain hidup dalam ketakutan kerana bimbang diganggu ah long.

Ibunya yang hanya mahu dikenali sebagai Lee, 61, berkata, anak sulungnya, Ong Yeong Hui, 38, meminjam wang daripada beberapa ah long dengan jumlah keseluruhan RM80,000.

Warga emas tersebut nyata kecewa dan marah dengan sikap anaknya menghilang diri setelah memberitahu berhutang dengan ah long menerusi panggilan telefon kira-kira dua minggu lalu.

Anaknya itu tidak lagi dapat dihubungi sehari selepas dia menghantar mesej mahu menghilang diri kerana khuatir diburu ah long yang menuntut hutang tersebut.

“Saya sangat kecewa dengan dia. Empat tahun lalu dia pernah berhutang dengan ah long kira-kira RM40,000, juga disebabkan judi. Kami terpaksa guna duit simpanan untuk melunaskan hutang tersebut kerana takut diapa-apakan oleh ah long. Kini, dia buat perangai lagi dengan meminjam ah long, dengan jumlah yang lebih besar.

“Setelah berfikir panjang, saya dan suami serta dua orang anak membuat keputusan untuk membuangnya daripada hidup kami dan tidak mahu ada pertalian dengannya lagi setelah dua minggu gagal dihubungi,” katanya di sini hari ini.

Anak tak serik pinjam Ah Long untuk judi, keluarga jadi ketakutan

Justeru, warga emas ibu tersebut tampil membuat laporan di Balai Polis Taman Pasir Putih, Pasir Gudang kerana khuatir mereka sekeluarga termasuk dua cucu berusia tiga dan 17 tahun menjadi sasaran ah long terbabit selepas ini.

“Saya tidak tahu dia masih lagi mempunyai tabiat berjudi secara online kerana kami tidak tinggal bersama-sama. Dia duduk di asrama pekerjanya di Johor Bahru,” katanya.

Sementara itu, pegawai aduan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Mok Meng Haw meminta anak pasangan warga emas itu supaya pulang ke rumah dan bertanggungjawab atas perbuatannya itu.

“Sebagai anak sulung, dia perlu lebih bertanggungjawab, bukannya menghilangkan diri setelah meminjam duit ah long dengan jumlah yang besar,”

BACA:

Dah insaf, Ayda Jebat tak nak sentuh lelaki lain dah

‘Petanda besar PRU15 akan diadakan dalam masa 2 bulan ini’

Kerja kutip sampah je, lelaki dari Malaysia raih RM10,000 sebulan di Singapura

CATEGORIES