Pihak yang membangkitkan hal pembelian kereta mewah jenis Porsche Cayman sebagai sudah ketiadaan isu, kata Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin.
Menurutnya, pembelian kereta itu oleh anak beliau menggunakan permit Lesen Import (AP) miliknya ketika menjadi Ahli Parlimen sebelum ini bagi memenuhi kehendak kontroversi membabitkan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
“Depa sudah tak ada isu, saja nak bangkitkan perkara ini supaya menepati keperluan dan kereta yang dibeli anak saya itu tak ada kaitan langsung dengan tuduhan wang RM90 juta itu.
“Dari dulu sampai sekarang saya bawa Proton Saga saja dan rakyat Perlis tahulah kehidupan saya macam mana dan sewaktu kereta itu (Porsche Cayman) itu dibeli anak saya, ia mengikut proses undang-undang yang sah,” katanya dipetik dari Harian Metro hari ini.
Hashim memberitahu anaknya membeli kereta mewah tersebut untuk kegunaan perniagaan dan bukan kegunaan peribadinya.
“Saya tak pernah naik pun kereta itu, anak saya beli kereta itu untuk perniagaan dengan menggunakan AP saya dan secara automatiknya kereta itu atas nama saya.
“Kereta itu pun sudah dijual lama dahulu dan saya pun tak ada duit nak beli dengan harga RM100,000 lebih secara tunai ketika itu.
“Jadi kalau tanya saya, betul kereta itu atas nama saya tetapi saya tidak memilikinya secara mutlak seperti yang dituduh baru-baru ini,” jelasnya lagi.
Beliau dilaporkan menjawab tuduhan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown terhadap Pas di Mahkamah Tinggi London bahawa pemimpin tertinggi dan ahli parlimen Pas menikmati kemewahan daripada wang pemberian bekas perdana menteri Najib Razak yang disalurkan ke parti itu.
Sejak dua tahun lalu, isu Hashim dan pemilikan kereta itu timbul di media ekoran dakwaan Pas menerima RM90 juta daripada Umno.