Anak Rosmah setuju ibunya dikenakan hukuman, cerita hal sebenar

Anak Rosmah setuju ibunya dikenakan hukuman, cerita hal sebenar

Anak Rosmah setuju ibunya dikenakan hukuman, cerita hal sebenar. Isteri cef selebriti, Fazley Yaakob iaitu Azrene Ahmad menegaskan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor yang didapati bersalah berhubung projek tenaga solar sekolah bernilai RM1.25 bilion adalah betul.

Anak kandung Rosmah yang merupakan hasil perkahwinan terdahulu itu juga memberitahu, keputusan penjara dan denda yang dibuat hakim mahkamah tinggi perlu dihormati.

“Biarlah perkara itu habis sehingga ke Mahkamah Persekutuan jika perlu. Kita perlu mempercayai fakta dan keupayaan badan kehakiman kita untuk mencapai penghakimannya tanpa halangan dan tanpa rasa takut.

“Sebagai seorang anak, ia sentiasa mudah untuk berfikir hanya secara subjektif. Ia sentiasa sukar untuk menjadi objektif dalam pemikiran dan tindakan kita, memandangkan keadaan sosio-teologi yang telah kita terima sejak lahir.

Anak Rosmah setuju ibunya dikenakan hukuman, cerita hal sebenar

“Walaupun banyak ‘white noise’ subjektif oleh masyarakat kita, budaya dan penerapan agamanya, saya tetap objektif. Betul adalah betul, salah adalah salah terutama apabila ia berkaitan dengan pemimpin walaupun mereka adalah keluarga,” katanya di Instagram hari ini.

Menurut Azrene, beliau menerima pelbagai teguran sejak empat tahun lalu selepas kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dia turut menegaskan akan terus memperjuangkan kepentingan negara kerana ia merupakan tanggungjawab sebagai manusia dan rakyat walaupun kapasitinya adalah terhad.

“Sebagai seorang anak, saya hanya boleh terus mendoakan mereka dan mengharapkan yang terbaik walaupun saya menjangkakan yang paling teruk,” katanya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menjatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta ke atas Rosmah selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menjatuhi hukuman itu terhadap Rosmah, 71, selepas mendapati isteri bekas Perdana Menteri tersebut bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan selain gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Sekiranya Rosmah gagal membayar denda itu, dia perlu menjalani hukuman penjara tambahan selama 30 tahun.

BACA:

Kelibat pesakit lumpuh datang sendiri ke bank untuk tukar kad dipersoal

Jackie Chan beli istana mewah RM25.6 Juta

CATEGORIES